Headlines News :
Home » » Seruan Presiden PAS supaya hadir Himpunan 355

Seruan Presiden PAS supaya hadir Himpunan 355

Written By zabidi morad on Wednesday, 18 January 2017 | 15:43

SAYA menyeru kepada semua pihak khususnya umat Islam supaya menghadirkan diri dalam Himpunan RUU 355, satu agenda untuk meninggikan kedudukan agama Islam yang telah disebut dalam perlembagaan adalah Agama Persekutuan.

Ini adalah jasa generasi awal yang telah berjaya meletakkan Islam dalam perlembagaan. Adapun mengisinya atau pengisian adalah tanggungjawab kita generasi yang kemudian membetulkan kedudukan dalam perlembagaan yang telah meletakkan agama di bawah bidang kuasa negeri.

Namun kedudukan kuasa mahkamah syariah yang paling tinggi di bawah bidang kuasa negeri  lebih rendah dari mahkamah majistret yang paling rendah di daerah masing-masing. Adalah malang bagi umat Islam membiarkan kedudukan agama mereka begitu rupa, ditinggalkan oleh penjajah.

Setelah kita mencapai kemerdekaan lebih setengah abad, sudah tiba masanya kita  menunaikan tanggungjawab orang Islam untuk meninggikan agama mereka sendiri yang menjadi rahmat kepada seluruh alam khususnya kedudukan masyarakat majmuk, yang tidak mampu diselesaikan oleh segala undang-undang, teori dan ideologi yang lain.

Walaupun syariat Islam tidak memaksa kalangan bukan Islam tetapi perlu ditunjukkan model betapa Islam rahmat kepada seluruh alam.

355 adalah membolehkan bagaimana proses kehakiman Islam dapat ditunjuk keadilannya, kemurniannya, dalam masa yang sama memperkenalkan betapa undang-undang Islam lebih bersikap mendidik, bukan mendera pelaku-pelaku jenayah. Mendidik kepada yang melakukan jenayah supaya kembali ke pangkal jalan, mendidik bakal yang melakukan jenayah tidak melakukan jenayah.

Ini adalah kewajipan kita semua seluruh rakyat  khususnya orang Islam dalam menunaikan kewajipan menyuruh kepada yang baik yang baik dan mencegah kemungkaran sebagaimana yang diamanahkan oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Itulah seruan saya.

Saya tegaskan lagi, marilah kita hadir beramai-ramai ke himpunan pada 18 Februari ini. Himpunan yang sangat penting bagi umat Islam seluruhnya.

Mudah-mudahan kita disaksikan oleh mahkhluk Allah untuk menjadi modal kita bila menghadap Allah SWT pada hari kiamat. -
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Follow by Email

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU