Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
TANGGAL 26 Mei 2005 lalu, kira-kira jam 2.30 petang. Ketika itu langit
tiba-tiba menjadi mendung setelah panas terik seolaholah ingin
“menangis.” Namun, bagi “sang penguasa” ketika itu tidak ada yang peduli.
Kerajaan BN Negeri Terengganu dengan rakus telah merobohkan sebuah
masjid di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, Kijal dengan
dibantu jentera jabatan kerajaan dan anggota polis.
Tragedi
“hitam” itu, bukanlah kemuncak kezaliman kerajaan BN Terengganu yang
dipimpin oleh Menteri Besarnya ketika itu, Dato’ Seri Idris Jusoh, yang
baharu setahun lebih memerintah negeri.
Manakala, Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Kijal ketika itu dan hingga kini adalah Dato’ Seri Ahmad
Said. Kedua-dua pemimpin Umno Terengganu itu pernah dilantik menjadi
Menteri Besar Terengganu tetapi hanya untuk satu penggal sahaja.
Selepas peristiwa pe robohan “rumah Allah” itu, disusuli pula dengan
beberapa tragedi hitam yang mencengkam rakyat antaranya perobohan rumah
di RTB Belimbing Api, Jabi.
RTB Padang Landak, Besut dan banyak lagi.
Masjid Bujal di RTB tersebut juga dinamakan dengan “Masjid Desa Makmur”
hasil sumbangan derma orang ramai. Namun, akhirnya menyembah bumi
menjadi mangsa nafsu rakus Umno Terengganu.
Kisah saksi mata
Penulis ketika itu, antara orang yang pernah menjadi saksi mata bagi
melihat sendiri tragedi perobohan Masjid Bujal dan sekali gus sempat
merakamkan detikdetik bersejarah itu melalui lanser kamera
.
Pada
sebelah pagi itu, operasi bersepadu oleh beberapa jabatan kerajaan
dengan rakus merobohkan kira-kira 10 buah rumah peserta RTB Bujal yang
masih dalam kerangka pembinaannya.
Masjid RTB Bujal itu dibina di
atas lot PT 3294 yang dikhususkan sebagai tapak surau dalam Pelan
Susunatur Perumahan Kampung Bujal sebagaimana diluluskan Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 3 Ogos 2003. Ketika itu, kerajaan
negeri di bawah pemerintahan PAS Terengganu dan Menteri Besarnya, Datoí
Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Manakala, satu lot tanah lagi
dikhaskan pembinaan surau ialah di PT 3297. Pelan susunatur tersebut
menyediakan 363 unit kediaman untuk diisi peserta dan ianya jauh
melebihi daripada 40 orang yang menjadi syarat untuk mendirikan solat
Jumaat.
Para pesertanya membina masjid tersebut dengan niat untuk
dijadikan masjid, untuk beriktikaf dengan adanya mihrab di bahagian
hadapan dan sebuah kolah tempat mengambil wuduk serta susunatur jubin
lantainya membentuk saf sembahyang.
Rundingan demi rundingan
dibuat antara pemimpin PAS tempatan ketika itu, bekas Adun Air Putih,
Ismail Harun dengan pihak pegawai Pejabat Daerah Kemaman.
Namun
begitu, “ibarat mencurah air ke daun keladi” seolah-olah perbuatan
sia-sia berunding dengan “sang penguasa” yang mempunyai dendam kesumat
terhadap rakyat dan PAS.
Adun Chukai,
Hanafiah Mat ketika itu merupakan Setiausaha PAS Kawasan Kemaman turut
mencerita pengalaman yang tidak dapat dilupakannya berhadapan dengan
peristiwa tersebut.
Katanya, pada hari kejadian beliau ditugaskan
memimpin satu himpunan secara aman di Padang Astaka, Chukai bagi
menyerahkan memorandum bantahan kepada Pejabat Daerah Kemaman.
Menurutnya, satu kumpulan lagi dikerah berhimpun di lokasi tapak RTB
Bujal bagi mempertahankan masjid tersebut daripada diroboh kan oleh
pihak berkuasa negeri.
Merayu agar jangan diroboh
“Saya
tiba di lokasi RTB Bujal kira-kira jam 10.30 pagi dan orang ramai
memenuhi sekitar masjid itu sambil melaungkan takbir dan merayu supaya
masjid tidak dirobohkan.
“Akhirnya, tindakan meroboh dibatalkan
apabila pemandu jentolak pihak Majlis Daerah Kemaman seperti “ketakutan”
dan lemah semangat hingga terpaksa dipapah oleh orang ramai.
“Keputusan tidak jadi roboh Masjid Bujal pada pagi itu cukup
menggembirakan dan masing-masing (orang ramai dan pihak berkuasa) pulang
meninggalkan lokasi RTB Bujal,” jelasnya.
Malah, beliau pernah
ditangkap dan di lokap di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Kemaman selama
empat hari berkaitan dengan siri-siri ceramah bantahan bagi menentang
kezaliman tersebut.
Namun, “disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari.”
Sekitar jam 2.30 petang, tiba-tiba gerombolan “sang penguasa” tadi datang kembali serta menceroboh rumah Allah tersebut.
Jeritan demi jeritan kedengaran apabila puinpuin kayu dan batu-bata
binaan Masjid Bujal ditolak secara paksa dengan menggunakan dua buah
jentolak milik Pejabat Daerah Kemaman.
Selepas peristiwa
perobohan masjid tersebut, rombongan demi rombongan dari seluruh negara
datang bagi melawat kesan keganasan kerajaan BN Terengganu itu sehingga
akhirnya pada 7 Julai 2015, kesan runtuhan itu terpaksa dihapuskan sama
sekali bagi menghilang kan bukti serta menutup kejahatan pemerintah
meroboh sebuah masjid.
Kini setelah 10 tahun berlalu, adakah umat Islam di negeri ini khususnya di Kemaman merasa sensitif dengan tragedi tersebut?
Mengenai RTB Bujal, semasa Kerajaan PAS memerintah Terengganu, hanya
125 daripada 363 lot kediaman telah dibahagikan kepada mereka yang layak
setelah membuat permohonan untuk mendapatkan tanah tapak rumah.
Kerajaan PAS mengagihkan lot tapak kediaman di kawasan itu kepada mereka
yang sudah berkeluarga dan layak tanpa mengira fahaman politik
sekaligus menolak tuduhan pemimpin Umno, yang mengatakan PAS
membahagikan tanah di kawasan tersebut kepada para penyokong parti itu
sahaja.
Sekiranya pemimpin Um no beranggapan sedemikian, maka
mereka yang berkuasa boleh mengagihkan lot-lot yang masih kosong kepada
penyokong mereka (Umno) tanpa merobohkan rumah yang telah dibina oleh
peserta yang mendapat tanah secara sah di situ daripada kerajaan PAS
sebelum ini.
Ini kerana, berdasarkan pelan cadangan susunatur
perumahan tersebut luas keseluruhan RTB Bujal itu adalah 64.4056 hektar
di mana 40.4608 hektar adalah untuk petak kediaman.
Selain surau,
lot-lot untuk kedai, balai raya, tadika, padang bola, klinik desa,
kubur, taman permainan kanak-kanak, tangki air dan pencawang elektrik
juga telah disediakan dalam pelan cadangan susunatur yang berasaskan
pandangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa negeri.
Natijah
dari peristiwa perobohan Masjid Bujal itu, pelbagai protes dan bantahan
dibuat sehingga ledakan kemarahan rakyat itu diterjemahkan melalui
demonstrasi aman di hadapan Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 19
Jun 2005 yang disertai sekitar 10,000 orang.
https://www.youtube.com/watch?v=Z1OLMLYNs9k
Home »
Penulis Tamu
» Tragedi ‘hitam’ Masjid Bujal dalam kenangan
Tragedi ‘hitam’ Masjid Bujal dalam kenangan
Written By zabidi on Sunday, 24 May 2015 | 15:20
Labels:
Penulis Tamu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !