Oleh SHUHAIMI EMBONG
diperkenalkan dunia internet sekarang ini.
Masing-masing berlumba untuk menjadi satu laman web atau blog atau
portal mereka sering dikunjungi oleh pelawat di seluruh dunia.
Bagi
orang yang baru mengenali dunia internet dan laman web ini, masih ramai
yang ragu-ragu dan pening kepala dengan pelbagai jenis laman web yang
boleh dibina dan apakah jenis konsep yang sesuai digunakan sekiranya
ingin membangunkan satu laman web.
Sebelum kita terperangkap dengan istilah-istilah yang digunakan, ada baiknya kita meneliti perkara ini sepintas lalu sahaja.
Apa itu Laman Web?
Web
merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat. World Wide Web
atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet
yang paling popular. WWW boleh dikatakan sebagai perpustakaan maya
sejagat (Universal Virtual Library).
Laman web atau dikenali
sebagai World Wide Web(WWW) ialah jaringan sejagat yang terdiri daripada
koleksi fail dalam talian (Online). Laman web bolehlah ditakrifkan
sebagai halaman-halaman elektronik yang dipaparkan melalui komputer
dengan menggunakan teknologi internet.
Laman web ialah dokumen
hyper text markup language (HTML) menggunakan bahasa khas yang
mengandungi hubungan hiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web
(WWW). Tapak jaring ini mengandungi pautan (Link) ke dokumen dan
sumber-sumber maklumat yang terdapat di seluruh rangkaian internet.
Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan Hyper Text
Transfer Protocol.
Lazimnya web mempunyai hiper pautan
(hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web
mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource
Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol
dan nama domain. HTML digunakan untuk membuat reka bentuk laman web dan
untuk menghubungkan satu halaman dengan halaman yang lain pada web.
Website
atau laman web boleh juga diertikan sebagai kumpulan laman yang
memaparkan maklumat data teks, data gambar diam atau gerak, data
animasi, suara, video dan atau gabungan dari semuanya, baik yang
bersifat statik dan dinamik yang membentuk satu rangkaian bangunan yang
saling berkaitan di mana masing-masing dihubungkan dengan
rangkaian-rangkaian laman
Namun, laman web hanyalah tertumpu
kepada penyaluran maklumat asas kepada pengunjung semata-mata.
Komunikasi dua hala sangat kurang antara pengunjung dengan pengendali
web ataupun web itu sendiri.
Secara garis besar, website boleh
digolongkan menjadi 3 bahagian iaitu: 1. Website Statik 2. Website
Dinamik, 3. Website Interaktif.
Website statik adalah web yang
mempunyai laman tidak berubah. Manakala, Website Dinamik merupakan
website yang secara struktur diperuntukan untuk update sekerap mungkin.
Contoh umum mengenai laman web dinamik adalah web berita atau web portal
yang didalamnya terdapat kemudahan berita, polling dan sebagainya.
Sementara,
Website Interaktif adalah web yang saat ini memang sedang berkembang.
Salah satu contoh website interaktif adalah blog dan forum. Biasanya
website seperti mempunyai moderator untuk mengatur supaya topik yang
diperbincangkan tidak keluar jalur.
Selaras dengan perkembangan
dunia laman web yang memperkenal konsep Web 2.0, yang lebih tekankan
kepada interaksi 2 hala di mana pihak pembangun menyediakan tapak dan
pelawat akan turut serta untuk memeriahkan laman web anda.
Blog
Laman
web jenis ini kebiasannya lebih menjurus kepada laman peribadi dan
lebih senang untuk dibangunkan. Ini merupakan antara jenis laman web
yang paling banyak dibangunkan kerana proses penjagaannya yang mudah dan
penyertaan pelawat yang tidak memerlukan proses pendaftaran.
Antara ciri-ciri laman web berjenis blog adalah:
1.
Paling mudah dibangunkan dan paling senang untuk orang baru.
Pendaftaran MUNGKIN diwujudkan tetapi biasanya pihak pembangun akan
menggunakan kemudahan Open ID
2. Reka bentuk laman web perlu lebih
menarik dan "catchy" untuk menarik pengunjung. Struktur laman web lebih
ditekankan kepada teks berbanding gambar (70%-30%).
3. Kandungan
artikel mungkin tertumpu kepada satu agenda atau bercampur aduk dengan
perkara lain bergantung kepada pihak pembangun. Artikel atau bahan
kandungan perlu sentiasa dikemas kini supaya pengunjung akan kembali
semula bertandang. Keberkesanan laman jenis ini adalah bergantung kepada
bilangan pengunjung yang melawat. Interaksi untuk pelawat lebih kepada
penulisan komen berbanding perkara lain yang dinyatakan dalam portal
4.
Penyertaan pihak pelawat membantu untuk menaikkan tahap populariti
laman ini, tanpa pengunjung maka laman ini seolah-olah mati
5. Kebiasannya laman ini akan dipenuhi dengan pelbagai jenis iklan-iklan yang mungkin serba sedikit mengganggu pengunjung
Pengendali
blog ini dipanggil Blogger. Sekarang ini ramai ahli-ahli politik,
wartawan dan tokoh-tokoh masyarakat menggunakan media ini yang
kekadangnya boleh diisitilah ‘wartawan’ sendiri tanpa editor.
Bila
wujudnya Facebook dan Twitter mereka beralih pula kepada media baru ini
untuk menyampaikan pandangan masing-masing pada bila-bila masa tanpa ada
had dan batas.
Portal
Portal adalah anjakan
daripada laman web. Portal lebih ‘besar’ dan menyeluruh berbanding laman
web. Terdapat berpuluh-puluh aplikasi yang menyokongnya. Portal
membantu dalam pengurusan atau membuat keputusan, hasil
maklumat-maklumat yang dijanakan olehnya. Antara contoh yang paling
mudah untuk portal adalah Google, Yahoo! Dan sebagainya.
Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk laman web berjenis portal adalah:
1.
Struktur laman web lebih teratur dan tidak terlalu serabut. Susunan
semua maklumat adalah lebih teratur dan mudah dicapai oleh pelawat.
2.
Kandungan laman web lebih variasi dan tidak terlalu tertumpu untuk satu
jenis. Penggunaan beberapa widget tambahan seperti video dan foto
galeri. Paparan maklumat atau informasi yang penting berada di laman
utama.
3. Reka bentuk laman adalah ringkas dan setiap elemen-elemen
dimasukkan dalam satu kawasan-kawasan tertentu. Kandungan berasaskan
kepada teks dan grafik (50%-50%). Elemen multimedia dan interaktif
seperti grafik animasi dan paparan pautan menu beranimasi menarik minat
pengunjung
4. Pelawat boleh meninggalkan komen, menghantar artikel atau maklumat lain ke laman web
5. Informasi selalu ringkas tetapi padat agar pengunjung lebih mudah untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan
Secara
umumnya, perbezaan yang paling ketara antara portal dan laman web ialah
sasaran pengunjungnya.Ciri-ciri asas portal perlu mengandungi semua
ciri-ciri asas laman web ditambah dengan perkhidmatan online yang
disediakan oleh agensi.
Perbezaan portal berbanding laman web adalah
portal menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan online.
Penulis adalah Pengerusi Pertubuhan Jaringan IT Prihatin Malaysia.
Home »
Penulis Tamu
» Laman web, blog atau portal
Laman web, blog atau portal
Written By zabidi on Wednesday, 17 February 2016 | 14:22
Labels:
Penulis Tamu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !