Detikdaily

Selasa, 21 Mei 2013

Pas Lebih Dihormati Jika Tidak Bergabung Dengan UMNO

Oleh Shahbudin Husin
Meskipun Presiden Pas, Haji Hadi Awang telah menegaskan bahawa parti itu tidak sekali-kali akan bergabung dengan UMNO, tetapi masih ada suara-suara kecil yang mahu kedua-dua parti itu bergabung. Pelbagai alasan diberikan untuk menjustifikasikan penggabungan itu, antaranya untuk kepentingan Melayu, memertabatkan Islam dan bagi yang ekstremis pula melihat hanya dengan penggabungan itu saja dapat menghantar karier politik Anwar Ibrahim ke titik kematian.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berulangkali mahukan orang Melayu dan Islam di negara ini menjadikan matlamat penyatuan Pas dengan UMNO sebagai usaha yang berterusan demi kepentingan umat dan Islam. Dr Hassan Ali yang sudah dipecat dari Pas juga mahu penyatuan itu menjadi realiti suatu hari nanti.

Isnin, 20 Mei 2013

Black 505 lambang bantahan dan kemarahan rakyat

Kenyataan-kenyataan pemimpin Umno-BN berhubung kegagalan parti itu mencatat prestasi cemerlang pada PRU13 pada 5 Mei lalu amat mengguriskan hati rakyat, apabila ia dikaitkan dengan sentimen perkauman. Keputusan PRU13 pula sememangnya tidak boleh diterima oleh PAS dan Pakatan Rakyat kerana ia penuh dengan penipuan.

Black 505 adalah lambang bantahan rakyat terhadap keputusan itu. Momentum ini pasti akan berterusan selagi SPR tidak menjawab segala pembongkaran penipuan yang dilakukan pada PRU13, malah sehingga PRU14. PAS dan Pakatan Rakyat juga akan turut mengemukakan petisyen pilihanraya daripada PRU13 pada 5 Mei lalu. Ikuti pandangan Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemubual wartawan kanan, AZIZ MUDA pada 13 Mei lalu.   

Ahad, 19 Mei 2013

Politik Harapan lawan Politik Ketakutan

Oleh RAYUSA
DARI segi negatif, memang keputusan PRU13, 5 Mei lalu amat menyedih, mengecewa serta mengejutkan pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokongnya. Bayangkan, di tengah-tengah mood kemarahan rakyat membuak-buak terhadap kerajaan BN, rejim itu masih gagal ditumbangkan.
Kesedihan amat dirasai apabila kerajaan PAS Kedah tumbang; Perak gagal dirampas semula; beberapa negeri sasaran gagal ditawan; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tewas di Parlimen Pendang; serta dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Dato’ Husam Musa turut kecundang, masing-masing di Parlimen Pulai dan Putrajaya.

Matlamat perjuangan PAS tidak terjejas

KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata kegagalan pemimpin utama merebut kerusi di peringkat nasional tidak menjejaskan fokus dan matlamat parti itu untuk bersaing dengan Umno walaupun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Selepas pilihan raya umum 2008, PAS bekerjasama dengan KeADILan dan DAP membentuk Pakatan Rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN). Dalam tempoh itu parti pimpinan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu berusaha meraih sokongan pengundi Melayu bagi memastikan kemenangan dalam PRU13.

Ahad, 14 April 2013

Ahli PAS , Mesti Terima Keputusan Pimpinan.

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
ALOR SETAR: Anggota parti di semua peringkat, sama ada pimpinan, para petugas Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) diseru agar berpegang teguh kepada wala’ untuk menerima serta melaksanakan keputusan pimpinan tertinggi PAS Pusat.
Pengarah JPN Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin berkata, telah menjadi sistem organisasi dan amal jamaie, bahawa keputusan tertinggi dan muktamad serta kaedah pemilihan calon pilihan raya oleh pimpinan, adalah didasari ijtihad mereka yang menilai bukan sahaja kepentingan Dun dan Parlimen atau Negeri, tetapi melihat kepentingan sehingga ke peringkat nasional.

Kita terima keputusan PAS Pusat - Ustaz Azizan

Oleh AZAMIN AMIN ALOR SETAR:Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, PAS Kedah sentiasa menerima sesiapa pun calon PAS Pusat biarpun negeri mencadangkan beberapa nama."Kita terima siapa calon yang pusat bagi, kalau pusat tak dak (tiada) calon baru kita bagi, kadang-kadang orang tak faham kata kita dok atur.

Mahfuz: ‘Saya bukan calon MB’

 ALOR SETAR - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menafikan akan bertanding kerusi Dun Bukit Pinang selain mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena bagi membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah jika Pakatan Rakyat (PR) berupaya mengekalkan pemerintahan negeri ini. Sambil menggeleng-geleng kepala, Mahfuz berkata, beliau tidak pernah diminta oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding kerusi negeri.
PANDANGAN DALAM LAMAN INITIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER DAN PAS KAWASAN KUBANG PASU)Dasar Kami : Menyiarkan semua email pengunjung tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan.(Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat)

Pengikut