Headlines News :
Home » » PAS bersama Gagasan Sejahtera sedia galas mandat rakyat

PAS bersama Gagasan Sejahtera sedia galas mandat rakyat

Written By zabidi on Wednesday 18 January 2017 | 15:40

Oleh Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi

 Khurafat politik dalam negara, bahawa hanya Umno/Barisan Nasional sahaja mampu mentadbir negeri atau negara Malaysia makin terhakis di kalangan rakyat kini.

Justeru itu, PAS bersedia menghadapi PRU14 dengan seluruh kekuatan untuk mencabar kekuatan Umno/BN di negeri 'Jelapang Padi' menerusi blok ke-3 iaitu Gagasan Sejahtera.

PAS memiliki rencah ramuan tersendiri serta bebas menentukan pilihan dalam strategi, apabila berhadapan dengan Umno/BN dalam PRU14 berasaskan kajian-kajian politik semasa. Gabungan politik pembangkang bukanlah satu-satunya cara untuk menumbangkan Umno/BN kerana persefahaman politik boleh melalui pelbagai kaedah.
Tidak timbul soal PAS perlu bersama Pakatan Harapan kerana PAS tiada hubungan politik dengan DAP dan PAN, begitu juga lawan politik PAS sejak merdeka iaitu Umno/BN.

PAS menyedari keperitan rakyat akibat dari polisi ekonomi kerajaan hari ini yang dilihat tidak prihatin apabila gagal mengekang kenaikan kos hidup dan keperluan harian. PAS konsisten menunjukkan komitmennya mengangkat suara rakyat kedah seperti isu air, pemutuan harga padi, penetapan tetap siling harga getah, alam sekitar, tanah serta kebajikan rakyat kedah.

Akhirnya, PAS bersama rakan-rakan politik melalui Gagasan Sejahtera membuka tangan untuk menerima mandat rakyat khususnya di negeri Kedah bagi menjadi 'Government in waiting' pada PRU14 nanti.

Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi
Pesuruhjaya PAS Kedah
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU