Oleh ARIF ATAN 
 
KUALA LUMPUR: Perubahan status Tan Sri Abdul Khalid 
Ibrahim dalam Ke- ADILan menjadikan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat 17 
Ogos lalu, selari dengan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS yang 
diputuskan 6 Ogos, berhubung isu penggantian Menteri Besar Selangor.
 Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Nik Muhamad Zawawi 
Salleh, parti itu perlu bersama dengan Pakatan Rakyat memandangkan 
Khalid bukan lagi ahli KeADILan.
 “Tidak timbul soal kononnya 
keputusan AJK PAS Pusat bertentangan Majlis Syura. Pendirian PAS mahu 
kekalkan Khalid sebelum ini dibuat ketika beliau masih lagi dalam 
Pakatan Rakyat (ahli KeADILan),” ujarnya.
 Sebelum ini, Majlis Syura PAS mahu mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar melainkan wujudnya pelanggaran amanah.
 Mengulas lanjut keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz 
Nik Zawawi memberitahu Harakah, Majlis Syura menerima penegasan PAS 
untuk komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik
 Tahaluf Siyasi.
 Selain itu, katanya, pihaknya juga akur dengan 
keputusan satu lagi keputusan supaya empat ahli Majlis Mesyuarat 
Kerajaan Ne geri (Exco) Selangor daripada parti itu akan terus berada 
dalam kerajaan negeri bagi memastikan khidmat kepada rakyat berjalan 
lancar.
 Berkenaan dua nama pengganti Khalid yang dikemukakan PAS,
 beliau berkata, parti berhak mengemukakan dua calon, seterusnya 
terpulang pada perkenan Sultan.
 Dalam reaksi awal Ustaz Nik 
Zawawi 17 Ogos lalu, beliau mengakui keputusan Jawatankuasa PAS Pusat 
yang menamakan calon lain bagi menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar
 Selangor senada dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.
 Katanya, keputusan sebelum ini yang mahu mengekalkan Khalid telah diputuskan ketika beliau masih lagi ahli KeADILan.
 “Kami bukan tolak Khalid. Sekarang ini, apabila dia bukan ahli, maka 
parti kita (PAS) yang duduk dalam Pakatan perlu bersama dengan Pakatan 
menganggap Khalid ini bukan lagi calon Pakatan,” katanya
 Menurutnya, tidak timbul keputusan bercanggah antara Majlis Syura dan PAS Pusat.
 “Perkara ini telah pun kita bincang dalam parti dan ia memang tidak 
bercanggah. Semua pihak bersetuju, Majlis Syura pun bersetuju 
sebagaimana yang diputuskan,” katanya.
 Mengulas lanjut, tindakan 
PAS mengemukakan dua nama sedangkan Ke- ADILan telah menamakan 
Presidennya seorang sebagai calon Menteri Besar, Ustaz Nik Zawawi 
berkata perkara itu adalah hak parti itu.
 “Itu hak parti masingmasing. Kita (PAS) berhak mengemukakan dua calon jadi kita kemukakan dua calon,” katanya.
 Sebelum ini, Majlis Syura PAS sebulat suara mahu kedudukan Abdul Khalid
 dikekalkan sebagai menteri besar selagi tiada pelanggaran terhadap 
amanah yang dipegangnya.
Home »
Berita Semasa
 » Keputusan AJK PAS Pusat tidak bercanggah Majlis Syura
Keputusan AJK PAS Pusat tidak bercanggah Majlis Syura
Written By zabidi on Sunday, 24 August 2014 | 22:37
Labels:
Berita Semasa






0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !