Oleh DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
1. Malaysia adalah kesinambungan negeri-negeri Islam yang wujud dan
berdaulat sebelum era campur tangan British. Negeri Islam bermaksud
negeri yang diperintah oleh pemerintah muslim dengan bertunjangkan hukum
hakam Islam sebagai asas pemerintahan dan pentadbiran.
2.
Apabila ditubuhkan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang menggabungkan
sembilan negeri Islam Melayu Beraja dan negeri-negeri Selat dan
seterusnya ditubuhkan pula Malaysia pada 1963, perlembagaan menobatkan
Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Artikel 3.
4. Kedudukan
Islam diperkasakan menerusi pelbagai lagi peruntukan perlembagaan
melibatkan Ketua Negara dan juga kuasa Islam di peringkat negeri-negeri
Melayu Beraja serta pelbagai lagi undang-undang dan enakmen yang digubal
dari semasa ke semasa di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
5.
Maka seharusnya kedudukan Islam ini terus diperkukuh dan diperkasakan
oleh raja-raja Melayu, para pemerintah dan pentadbir kerajaan negeri dan
persekutuan merangkumi pelbagai aspek sama ada pada aqidah dan
keyakinan rakyat atau pada Syariat perundangan melibatkan hal ehwal
peribadi dan akhlak, hal ehwal kekeluargaan, undang-undang kontrak dan
urusan kewangan serta perekonomian dan kehakiman serta perundangan
jenayah.
6. Menjadi kewajipan setiap muslim untuk memperjuangkan
perkara ini sebagai satu usaha jihad dakwah dan amar makruf nahi mungkar
menerusi penerangan lisan atau bertulis atau praktik perundangan atau
praktik politik kekuasaan.
7. Memperjuangkan praktik beragama
bagi negara bernama Malaysia bererti memberikan hak kebebasan kepada
rakyat bukan Islam bagi mengamalkan agama selain Islam pada aspek ritual
dan kehidupan mereka sebagaimana diperuntukkan oleh perlembagaan dan
sebagaimana ditetapkan oleh Islam.
8. Memperjuangkan Islam bagi
negara ini bererti memberikan keadilan sosial, ekonomi dan perundangan
kepada seluruh rakyat sama ada muslim atau bukan muslim kerana praktik
beragama bagi Islam menjamin hak dan keadilan untuk semua.
9.
Penentangan terhadap agenda ini oleh mereka yang masih berfikiran
liberal atau sekuler di kalangan muslim sendiri atau di kalangan bukan
Islam yang ekstrem perlu ditangani dengan dakwah yang penuh hikmah bagi
melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni berasaskan budaya ilmu dan
saling hormat menghormati.
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Ketua Penerangan DUPP
Home »
Penulis Tamu
» Membina negara beragama
Membina negara beragama
Written By zabidi on Wednesday, 18 January 2017 | 15:50
Labels:
Penulis Tamu
Basketball Picks: Basketball Predictions 538 Free Picks Today 우리카지노 우리카지노 메리트 카지노 쿠폰 메리트 카지노 쿠폰 165Royal Ace Casino Free Chip 2021 - Shootercasino.com
ReplyDelete