Tindakan mengingkaran titah Baginda Sultan untuk menamakan lebih dari dua nama calon pengganti Khalid Ibrahim oleh DAP dan PKR amat mendukacitakan Sultan Selangor. Kedua-dua parti seolah-olah tidak mrenerima hakikat yang dalam sistem demokrasi kita, Raja itu merupakan proponen yang didalam sistem ini termasuk dalam memilih seorang Menteri Besar dalam sebuah negeri yang berdaulat kita ini.
Apabila berlakunya tindakan yang derhaka ini, maka tidak lagi susah untuk mempercayai yang jika parti-parti ini menjadi pemerintah institusi Raja itu tidak akan dikekalkan dan mereka akan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menghapuskannya setelah berkuasa beberapa ketika sahaja. Sebagai seorang Melayu yang merupakan komponen terbesar dari rakyat negara ini, kita amat khuatir dan dalam kebimbangan jika identiti Melayu itu akan terhakis dalam jangka masa yang tidak berapa lama lagi.
Kehilangan identiti sesuatu bangsa ini merupakan permulaan kepada
kehilangan bangsa-bangsa di dunia ini yang kita telah banyak membaca
dari sejarahnya. Bagi diri saya secara peribadi ini merupakan satu isu
yang sangat sensitif dan saya merasakan akta-akta yang mendindingi
keselamatan dan maruah bangsa yang terbesar dalam Negara itu wajar
diwujudkan atau pun ditambah kekuatannya dari apa yang ada pada hari
ini.
Nyata dan jelas sekali tanggapan yang ada bangsa-bangsa yang memainkan
politik secara halus dan mengelirukan orang Melayu itu mempunyai agenda
jangka panjang iaitu untuk menakluki budaya dan cara hidup bangsa Melayu
itu semata-mata untuk menghilangkan identiti yang membezakan orang
Melayu dengan bangsa-bangsa lain di negara ini. Sesuatu bangsa itu akan
dicemari identitinya melalui dua acara setidak-tidaknya.
Pertamanya kelirukan mereka dalam agama dan keduanya ialah dengan
menghilangkan atau menakluk budaya dan cara hidup bangsa itu. Selain
dari itu ialah dengan melemahkan kedudukan ekonominya bangsa itu dan
berbagai cara yang halus dan ini amat merbahaya bagi bangsa Melayu dan
Islam itu sendiri.
Apa yang berlaku di Selangor sekarang ini, kita sudah nampak
‘consequence’ sampingan yang amat merbahaya kepada orang Melayu yang
kebetulan beragama Islam itu. Malahan Negara kita ini adalah
satu-satunya negara di dalam dunia yang berkerajaan yang bangsa
terbesarnya, iaitu Melayu itu di definasikan oleh perlembagaan negara
kita dan salah satu dari yang di definasikan ialah bangsa Melayu itu
adalah beragama Islam.
Hasil dari perkembangan dan sikap ‘confrontational’ parti yang mewakili
satu kaum itu, tidak dapat dinafikan parti itu sedang mengambil
kesempatan sambil menangguk di air yang keruh untuk memecah belahkan
orang Melayu dalam Islam itu. Yang kita hadapi sekarang ini bukan lagi
masalah parti mana yang majoriti dan yang mana yang minoriti. Masalah
yang dihadapi sekarang ialah masalah keselamatan bangsa terbesar di
negara ini.
Masalah sekarang ialah masalah parti-parti politik yang menabur secara
halus bibit-bibit anti bangsa terbesar di negara ini dengan agenda yang
sangat menakutkan bangsa kita sendiri. Perpecahan bangsa Melayu itu amat
penting bagi bangsa-bangsa lain untuk menjadi pencatur bangsa kita di
masa hadapan dan Melayu akan kehilangan segala kuasa dan pengaruh dalam
negara mereka sendiri.
Tidak menghormati institusi Raja seperti yang berlaku di Selangor sekarang in, merupakan tanda-tanda dan dalil yang jelas untuk membuktikan Melayu itu sedang menuju kehancuran ini. Kita wajar menerima hakikat tidak menghormati seorang Raja Melayu itu adalah sikap tidak menghormati orang Melayu sendiri. Tetapi diluarannya mereka jugalah yang mengakui sebagai parti berbilang kaum dan menjunjung perlembagaan negara.
Tidak menghormati institusi Raja seperti yang berlaku di Selangor sekarang in, merupakan tanda-tanda dan dalil yang jelas untuk membuktikan Melayu itu sedang menuju kehancuran ini. Kita wajar menerima hakikat tidak menghormati seorang Raja Melayu itu adalah sikap tidak menghormati orang Melayu sendiri. Tetapi diluarannya mereka jugalah yang mengakui sebagai parti berbilang kaum dan menjunjung perlembagaan negara.
Ada pihak yang sudah hampir berjaya untuk memecahkan bangsa Melayu yang
masih leka dengan politik dan politiking yang menjahanamkan kita
sendiri. Sekarang ini sudah ramai pemimpin Melayu sendiri yang telah
termakan dengan permainan politik bukan Melayu dengan menjaja apa yang
bukan Melayu telah berikan kepada mereka seperti peruntukan dana yang
besar untuk majlis agama di sebuah negeri di utara Semenanjung.
Ada pemimpin dari PAS sendiri sedang dilamun dengan keseronokan dengan
jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat kerajaan negeri di utara
Semenanjung itu sehinggakan apa yang diputuskan oleh parti Islam nya
sendiri dipersoalkan. Pemimpin-pemimpin yang menempelkan diri mereka
sebagai pemimpin Islam lebih setia kepada kumpulan yang mereka tidak
sedari sedang memecahkan bangsa dan agamanya sendiri.
Kita perlu menilai dari sudut apa yang tersirat dari yang tersurat
dalam isu ini. Apabila sampai waktu dan masanya, blog ini mungkin akan
menulis mengikut kemampuan untuk menghalusi keadaan ini secara berhemah
dan membuka pemikiran baru dalam perjuangan jika benar-benar untuk
memperjuangkan bangsa dan agamnya.
Mereka bercakap diatas nama
perpaduan dan perpaduan bangsa-bangsa, sedangkan dalam proses perpaduan
bangsa-bangsa dan berbagai agama yang dilaungkan mereka terselit
agenda-agenda yang melemahkan bangsa Melayu dan Islam itu untuk
kepentingan mereka yang bersama-sama melaungkan slogan perpaduan itu.http://aspanaliasnet.blogspot.com/
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !