Oleh SARINA ISMAIL
ALOR
 SETAR: Premis sekolah tidak sepatutnya dijadikan tempat bersidang atau 
pun bermesyuarat bagi parti-parti politik terutama Umno yang sering 
menggunakan kemudahan sekolah kerajaan untuk programprogram anjuran 
mereka.
 
Bercakap dalam sidang media di Markas PAS Pokok Sena di sini, 
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar berkata insiden yang berlaku 
semasa mesyuarat agung Umno bahagian Pokok Sena baru-baru ini secara 
tidak langsung mencemar institusi pendidikan.
“Kita bukan berhajat mencampuri urusan masalah dalaman Umno, tetapi 
insiden yang berlaku di Sekolah Menengah Hutan Kampung baru-baru ini 
perlulah dinilai.
“Kejadian itu tidak wajar berlaku di dalam kawasan sekolah kerana 
ianya satu contoh tidak baik serta tidak bermoral kepada para pelajar,” 
tegas beliau yang juga Yang Dipertua PAS Pokok Sena.
Beliau mengharapkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri 
Pendidikan memandang serius penggunaan premis sekolah atau institusi 
pendidikan atas tujuan politik dan bukannya meletakkan tanggung jawab 
sepenuhnya kepada Jabatan Pelajaran atau Guru Besar semata- mata.
“Kementerian Pendidikan jangan memandang ringan insiden ini. Pada 
masa akan datang program politik Umno, sama ada rasmi atau tidak rasmi, 
tidak wajar diadakan di sekolah atau pun premis pen didikan.
“Sekolah adalah institusi pendidikan untuk melahirkan pelajar yang 
berwibawa, bermoral serta berakhlak mulia tapi kalau mesyuarat sampai 
balingbaling kerusi, adakah ini contoh baik?
“Sewajarnya Kementerian Pendidikan men gadakan peraturan tidak 
membenarkan mana-mana parti politik menggunakan sekolah. Bagi kami parti
 pembangkang memang sudah lama tidak dibenarkan berbuat demikian. Bukan 
sahaja nak buat program, nak rasmi mesyuarat PIBG sekolah pun tak 
dibenarkan,” sambung Mahfuz.
Tegas beliau lagi, ahli politik sewajarnya menjaga adab lebih-lebih 
lagi di tempat sedemikian tetapi insiden yang berlaku itu jelas 
menunjukkan sukarnya mengawal adab dan akhlak.






0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !