Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Semua
kita sayangkan parti dan sayangkan sahabat yang sama berjuang bagi
menentang kumungkaran parti pemerintah. Kita harungi bersama, memerah
pemikiran, tenaga dan keringat demi perjuangan ini.Kita berada di sini
atas nama jamaah. Perjuangan masih panjang dan pelbagai mehnah akan kita
tempuhi.
Apakah kerana sesuatu yang berada di luar jamaah kita menyebabkan
kita hilang setiakawan, hilang hormat dan nilai ukhuwah jamaah.
Apakah kita terperangkap dengan perancangan musuh bagi melemahkan
perpaduan kita? Kita harus akui keperluan ikatan antara satu sama lain.
Perpecahan kita akan gembirakan musuh dan tentu akan mengecewakan rakyat yang mengimpikan perubahan.
Wahai sahabatku
Media baru ini akan memecahkan kita sebagaimana ia
berlaku kepada jamaah lain. Semua kita ingin menulis, meluahkan
kemarahan dan membongkar rahsia yang selama ini kita tutupi. Gembirakah
kita dengan serangan, cemuhan dan kritikan itu buat sahabat kita?
Puaskah hati kita bila jamaah ini berpecah? Gembirakah kita bila
membaca tulisan serangan antara kita, dan apakah kita boleh lena dengan
keadaan ini?
Kalau kita sayangkan jamaah ini hentikan kritikan, serangan kepada
sahabat seperjuangan. Tahankan diri dari membuat kenyataan yang
menyerang satu sama lain kepada media. Berpuasalah dari bercakap sesuatu
yang tidak memperkukuhkan jamaah kepada media perdana.
Doakanlah kebaikan sahabatmu tanpa pengetahuannya. Belalah sahabatmu
sebagaimana kamu membela orang yang kamu sayangi. Ingatlah keruntuhan
dan perpecahan kita hanya akan menggembirakan musuh kita.
Ya Allah. Perkukuhkanlah jamaah PAS ini dan peliharalah setiakawan kami dalam PR.
Home »
Penulis Tamu
» Semua kita sayang parti dan sahabat
Semua kita sayang parti dan sahabat
Written By zabidi on Sunday, 3 August 2014 | 15:42
Labels:
Penulis Tamu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !