TERJEMAHAN DR SUHAZELI ABDULLAH 
KEPADATAN penduduk di Semenanjung Gaza telah 
dipertikaikan, tetapi dalam perbandingan dengan bandar-bandar lain, 
Bandar Gaza, dengan jumlah penduduk kira-kira 750,000 sudah pasti 
kawasan bandar yang padat penduduknya.
Menjadi sebab utama kenapa
 jumlah mangsa yang terlibat dalam serangan Israel adalah penduduk yang 
padat. Seramai 63 tentera Israel dan kira-kira 1460 rakyat Palestin 
terbunuh sejak konflik semasa bermula sebulan yang lalu. Seramai 245 
kematian di kalangan kanak-kanak. Tetapi mengapa begitu ramai 
kanak-kanak? Ia ternyata bahawa terdapat ciri-ciri yang luar biasa 
mengenai struktur penduduk di Gaza yang menjadikannya satu keluarbiasaan
 dalam dunia moden.
Pertama, penduduk Gaza ini secara kasar 1.8 
juta mempunyai kadar populasi yang luar biasa besar di kalangan 
kanak-kanak. Angka tahun 2013 daripada Indeks Mundi, sumber internet 
data nasional, menunjukkan bahawa 43.5 peratus daripada penduduk Gaza 
berumur 14 atau di bawah, berbanding dengan 32 peratus di Mesir dan 27 
peratus di Israel.
Umur median di Gaza adalah 18 tahun, 
berbanding dengan purata dunia 28 tahun di kebanyakan negara-negara 
Eropah iaitu kira-kira 40, manakala 30 di Israel. Negara benua Afrika 
seperti Uganda pula mempunyai median umur 15 tahun.
Jadi mengapa 
terdapat ramai kanak-kanak di Gaza? Demografi menunjukkan pertumbuhan 
yang luar biasa akibat pelbagai faktor. Salah satu darinya adalah wanita
 Palestin yang bekerja dan memegang jawatan sosial adalah rendah.
"Ia
 adalah tempat di dunia di mana kurangnya wanita bekerja di luar rumah,"
 kata Jon Pedersen dari Institut Fafo, pusat penyelidikan demografi dan 
sosial di Oslo, Norway.
Angka terkini dari Biro Pusat Statistik Palestin menunjukkan bahawa hanya 14.7 peratus daripada wanita bekerja.
"Dalam
 kebanyakan negara-negara lain, ia adalah jauh lebih tinggi daripada 
itu, antara 70 dan 80 peratus seperti di Scandinavia," kata Pedersen, 
yang menulis satu kajian menyeluruh satu dekad yang lalu mengenai 
demografi Gaza. Malah di negara-negara Timur Tengah yang lain dengan 
budaya yang sama ke Gaza, perkadaran bekerja di luar rumah adalah lebih 
tinggi. Di Jordan, sebagai contoh, 16 peratus wanita mempunyai 
pekerjaan.
Data daripada Indeks Mundi menunjukkan bahawa kadar 
kesuburan di Gaza, 4.4 kanak-kanak setiap wanita, adalah antara yang 
tertinggi di dunia. Statistik ini semakin menurun daripada paras 
tertinggi sebanyak 8.3 kanak-kanak setiap wanita pada tahun 1991, 
berbanding dengan kadar 3 di Israel, walaupun kadar keseluruhan terdapat
 kenaikan dengan kadar yang lebih tinggi kira-kira 6 kalangan ketat 
ortodoks Haredi Yahudi. Dalam kebanyakan negara-negara Eropah, ia adalah
 kira-kira 2 kanak-kanak bagi setiap wanita.
Faktor kedua yang 
menyumbang kepada kadar kesuburan yang tinggi adalah wanita adalah 
sepenuhnya berada di rumah, suami mereka mendapatkan lebih banyak wang 
kerana keluarga mereka berkembang.
"Terdapat majikan yang sanggup
 bayar lebih" kata Pedersen. "Secara tradisinya, lelaki akan mendapat 
upah tambahan jika mereka mempunyai anak-anak ramai."
Kesimpulannya
 kata Pedersen, kebanyakan keluarga di Gaza hanya seorang yang bekerja 
berbanding Scandinavia, di mana kedua-dua ibu bapa perlu bekerja untuk 
hidup.
Namun satu kehairanan timbul, mengapa begitu ramai wanita 
Gaza - terutamanya wanita yang berpendidikan tinggi - memilih untuk 
mempunyai keluarga besar dan bukan mengejar kerjaya. Di kebanyakan 
negara, kadar kelahiran biasanya jatuh seiring dengan pendidikan yang 
lebih baik dan lebih banyak peluang kerjaya untuk wanita, tetapi corak 
di Gaza gagal untuk mengikuti corak ini.
Satu kajian yang 
diterbitkan pada tahun 2006 mendapati bahawa walaupun pencapaian 
pendidikan yang tinggi di kalangan wanita Gaza - semua mempunyai 
sekurang-kurangnya sembilan tahun persekolahan - dan kadar kematian bayi
 yang rendah dan malar pada sekitar 25 bagi setiap 1,000 kelahiran, 
ramai memilih untuk berkerjaya sendiri. 
Semasa kebangkitan 
Intifada yang bermula pada tahun 1987, kajian itu mendapati, terdapat 
peningkatan kadar perkahwinan, dengan ramai wanita berpendidikan 
bersedia untuk berkahwin dengan lelaki yang kurang berpendidikan.
"Wanita
 Palestin tidak mempunyai banyak anak-anak kerana mereka tidak tahu 
tentang hamil, atau tidak dapat mengakses hamil," kata Sara Randall, 
seorang ahli antropologi di Universiti College London, yang bersama 
menulis satu kajian tahun 2006.
"Oleh itu, seseorang perlu membuat kesimpulan bahawa mereka benar-benar mahu ramai anak."
Kajian
 rawak ini, melibatkan temubual dengan 16,204 wanita Gaza dan 4,900 
wanita Jordan untuk perbandingan, membuat kesimpulan bahawa semangat 
Intifada merupakan faktor utama untuk memacu lonjakan dalam perkahwinan 
dan kesuburan. 
Pada tahun-tahun Intifada tahun 1989 dan 1990, 
sebagai contoh, wanita 1.4 kali lebih cenderung untuk berkahwin 
berbanding pada tahun 1980. Kadar semasa Intifada adalah lebih tinggi, 
pada dua kali ganda pada tahun 1980, untuk wanita lebih berpendidikan.
Kajian
 ini menyimpulkan bahawa "dalam keadaan di mana tiada kuasa politik, 
pengangguran dan peminggiran telah memberi kesan yang besar terhadap 
pertumbuhan pesat rakyat Palestin”.
Pedersen mengatakan bahawa rasa tanggungjawab untuk mengembangkan populasi penduduk merupakan faktor yang tidak boleh ditolak. 
"Terdapat
 kenyataan daripada Hamas menggesa wanita untuk mempunyai lebih ramai 
anak untuk mewujudkan tentera yang lebih besar," katanya.
Dr Suhazeli ialah Urusetia Isu Palestin Yayasan Amal Malaysia. Rencana di atas diterjemah daripada tulisan Andy Coghlan.






0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !