Oleh Edwin Michael
Tiada di dunia ini sebuah institut pendidikan yang dikhaskan hanya untuk satu etnik sahaja dan pada
masa sama menganaktirikan etnik lain demi survival politik.
Tidak pernah terbaca kerajaan mana-mana negara menggunakan institut
pendidikan negara mereka sebagai medan untuk mengaib dan menjatuhkan
maruah penganut agama lain. Semua ini hanya berlaku di Malaysia, di
bawah pemerintahan regim Umno Barisan Nasional.
Menguruskan
hubungan sesama etnik merupakan satu cabaran utama kepada setiap
rakyat Malaysia. Maka seharusnya perlu satu kefahaman akan terhadap
kedinamikan setiap kumpulan etnik di negara ini berhubung dan bertindak
secara positif antara satu sama lain.
Sayangnya, Universiti Teknologi
Mara (UiTM) sedikit pun tidak menyumbang kepada keperluan untuk
menstabilkan hubungan sesama etnik dan sebaliknya bertindak sebagai
satu medium provokasi yang secara jelas diguna pakai oleh regim Umno
untuk menghalalkan matlamat mereka dengan menyebarkan propaganda
kebencian dan rasis dalam kalangan anak muda.
Kekangan sebegini
menjadikan proses pembinaan bangsa Malaysia terlalu sukar dan segala
propaganda kononnya Malaysia sebuah negara plural yang aman damai
hanya merupakan satu iklan murahan regim Umno BN.
Selagi regim
ini terus menguasai Putrajaya dan selagi wujud dasar pecah dan perintah
seperti kewujudan UiTM yang menjadi pusat doktrinasi dan suntikan
kebencian serta rasis pada etnik lain, selagi itu proses pembinaan
bangsa Malaysia akan gagal serta merencatkan pembinaan identiti
kebangsaan dan kenegaraan merangkumi kepelbagaian etnik.
Contoh terbaik bagaimana integrasi nasional tidak mungkin akan dapat
dicapai ialah apabila Pemuda Umno merusuh dan mengugut membakar bangunan
DAP. Tindakan bacul anak-anak didik menteri Belia dan Sukan ini harus
dilihat sebagai satu mekanisma dalam mewujudkan ketegangan etnik.
Ungkapan 'Umno celaka' itu tidak mungkin dan tidak harus disamakan
dengan Melayu. Persepsi Umno adalah penyelamat etnik Melayu merupakan
satu persepsi yang amat dangkal dan tidak mencerminkan realiti apabila
masih ada Melayu yang ditindas dan hak mereka dirampas oleh ahli politik
Umno.
Maka untuk memastikan survival kemelayuan Umno ini
terus dipelihara dalam usaha menguasai Putrajaya, rusuhan digerakkan,
UiTM dijadikan pusat penyebaran kebencian agama dan etnik dan Umno akan
terus berpura-pura sebagai penyelamat negara.
Rakyat Malaysia
amat malang. Mandi air 7 jenis bunga mahupun 70 jenis bunga pun belum
tentu akan dapat membuang kesialan yang mencengkam mereka selama lebih
50 tahun ini.
Pembinaan bangsa Malaysia tidak mungkin dicapai selagi regim Umno terus menindas etnik lain.
* Penulis ialah aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Umno kudis negara
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 13:27
Related articles
Labels:
Pendapat
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !