LONDON 14 Julai –
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didakwa membawa Washington
keluar daripada perjanjian nuklear 2015 sebelum ini kerana ingin
menyingkirkan bekas Presiden Barack Obama.
BBC melaporkan, perkara itu merupakan antara maklumat
yang pernah ditulis oleh bekas Duta Britain ke AS, Sir Kim Darroch
menerusi satu memo.
Darroch turut menyifatkan perkara langkah tersebut sebagai ‘vandalisme diplomatik’.
Memo
tersebut ditulis selepas Menteri Luar Britian ketika itu, Boris Johnson
menggesa supaya AS terus berada dalam perjanjian nuklear berkenaan pada
2018.
Obama sebelum ini bersetuju dengan terma
dan syarat yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut, manakala Trump
beranggapan rundingan tersebut tidak mencapai ‘spesifikasi sewajarnya’
atas ‘seba-sebab peribadi’. – AGENSI
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !