Oleh Abu Hassan Adam
Perkembangan terkini di PRK Teluk Intan telah jelas memberikan gambaran bahawa UMNO tidak
lagi mewakili orang Melayu, walaupun pemimpin UMNO melaungkan bahawa
UMNO itu milik orang Melayu. Begitu juga dengan parti MCA dan MIC yang
tidak lagi mewakili orang Cina dan orang India di Malaysia. Sekiranya
masih ada lagi pemimpin-pemimpin yang merasakan demikian seolah-olah
mereka sedang bermimpi di siang hari.
Sekali air bah
dan sekali pasir berubah. Sekadarkan pemimpin UMNO yang tidak mahu
melihat akan perubahan itu. Mungkin juga mereka melihat perubahan itu
berlaku tetapi mereka tidak mahu mengakui bahawa perubahan sedang
berlaku. Pemikiran mereka masih berada di takuk lama. Mereka masih
merasakan bahawa orang Melayu Kurun ke 21 masih berfikiran seperti orang
Melayu pada tahun-tahun 1950an. Mereka lupa bahawa zaman beredar dan
pemikiran manusia juga bergerak seiring dengan zaman yang dilaluinya.
Orang Melayu menentang cadangan Dato Onn untuk membukakan keahlian UMNO
kepada bukan Melayu pada tahun 1951 dan seterusnya mengubah nama United
Malay National Organization kepada United Malayan National
Organization. Cadangan Dato Onn ditolak oleh UMNO yang menyebabkan
beliau terus meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO pada ketika itu.
Tahun 1951.
Pemikiran Dato Onn mendahului zaman. Lantas tidak diterima
oleh orang Melayu yang berfikiran sedemikian pada ketika itu.
Dulu antara PAS dan DAP adalah seperti ‘anjing dengan kucing’ yang
sentiasa ‘bercakaran’. Hanya pemimpin yang berfikiran jauh sahaja yang
boleh beramalkan ketika itu bahawa PAS dan DAP akan menjadi rakan karib
dalam perjuangan membela nasib bangsa di Malaysia seperti yang dapat
dilihat di PRK Teluk Intan sekarang. Tidak ada siapa yang boleh
menjangkakan bahawa kepimpinan tertinggi sanggup memberikan sokongan
yang tidak ada tolak bandingnya dalam sejarah perjuangan mereka demi
untuk memenangkan calon DAP.
Mungkin ada yang mengatakan bahawa
PAS bertungkus lumus di PRK Teluk Intan disebabkan oleh calonnya yang
terdiri dari orang Melayu. Mungkin juga. Namun sejarah kerjasama PAS,DAP
dan PKR telah terjalin dengan begitu erat dalam banyak PRK dan PRU
yang telah diadakan sehingga hampir-hampir menumbnagkan kerajaan BN
dalam PRU 13 yang lalu.
Sememangnya PRK Teluk Intan menyaksikan
berbagai perubahan dan perkembangan politik di Malaysia. Ia lebih
merupakan satu perkembangan yang akan mencetuskan ‘chain reactions’
selepas ini. Maknanya apa yang berlaku di Teluk Intan hanya merupakan
satu permulaan dan berbagai-bagai perkembangan lain yang menakjubkan
akan berlaku selepas ini. Mari kita renungkan senario berikut, ·
Pertama kali dalam sejarah Malayisa seorang gadis Melayu yang
berusia 27 tahun menjadi calon DAP dalam kawasan yang pengundinya hampir
sama bilangannya antara Melayu dan bukan Melayu. Dan lawannya ialah
seorang calon veteran dari BN ( Presiden parti Gerakan), seorang bukan
Melayu yang pernah pun memenanngi kawasan ini satu masa dahulu.
Kita tidak dapat meramalkan keputusan PRK ini nanti. Sekiranya
pengundian dijalankan dalam suasana yang betul adil dan saksama maka
mengikut ramalan pengundi di Teluk Intan jelas menunjukkan bahawa Dyana
Sofia akan mendapat tempat di Parlimen Malaysia nanti dan mencipta
sejarah sebagai wakil rakyat Melayu (wanita) pertama mewakili DAP.
Keadaan itu akan berlaku sekiranya PRK ini berjalan tanpa
‘gangguan-gangguan’ pihak tertentu.
Pendek kata PRK Teluk Intan
telah menjadi ‘eye opener’ kepada rakyat Malaysia keseluruhannya dan
kepada penduduk Teluk Intan khususnya. Ramai penduduk Teluk Intan yang
‘membisikan’ bahawa mereka tidak pernah lagi menyaksikan satu fenomena
yang agak luar biasa yang berlaku di Teluk Intan ini. Jikalau DAP adalah
merupakan parti politik yang agak renggang dengan orang Melayu di
kawasan ini tetapi kini sudah menjadi sesuatu yang ingin didekati.
Banyak faktor yang boleh dijadikan alasan mengapa keadaan terjadi
demikian.
Sekiranya keadaan sebegini berlaku d Teluk Intan, maka
adalah tidak mustahil keadaan sedemikian juga boleh berlaku di
tempat-tempat lain di Malaysia dalam masa akan datang menjelang PRU14.
Teluk Intan sudah boleh djaidikan ‘bahan ujikaji’ para penganalisis
politik tanah air bagi menentukan arus masa hadapan kepimpinan negara.
Dan yang penting yang perlu difikirkan oleh UMNO khususnya ialah bahawa
UMNO tidak boleh lagi mendabik dada yang mereka mewakili orang Melayu
kerana parti lain seperti PAS, PKR dan DAP juga sudah boleh mengatakan
bahawa mereka juga mewakili rakyat Malaysia (termasuklah orang Melayu).
Dan mungkin juga pemimpin UMNO sudah menyedari hakikat ini. Cuma mungkin
mereka tidak mahu mendedahkan keadaan ini disebabkan kebimbangan akan
merendahkan moral pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat akar umbi.
Mungkin.
Namun sesuatu yang jelas dan perlu diperjelaskan ialah
bahawa sekiranya ada kumpulan UMNO yang mengatakan bahawa mereka
mewakili orang Melayu untuk melakukan sesuatu tindakan seperti mana yang
berlaku ke atas Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tempoh hari, maka
mereka tidak ada hak langsung untuk membuat pengakuan sedemikian.
Orang Melayu tidak berkelakuan sebiadab itu….
Abuhassanadam 30 Mei 2014
http://abuhassanadam.blogspot.com/
Home »
Pilihanraya Kecil
» Umno Itu Melayu, Tetapi Melayu Itu Bukan Umno
Umno Itu Melayu, Tetapi Melayu Itu Bukan Umno
Written By zabidi on Friday, 30 May 2014 | 09:22
Labels:
Pilihanraya Kecil
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !