Headlines News :
Home » » Natahsya puas hati pencapaian dua emas

Natahsya puas hati pencapaian dua emas

Written By zabidi on Wednesday 28 May 2014 | 11:47

SASARAN untuk meraih dua pingat emas temasya kali ini berjaya direalisasikan pelumba Sabah,
Natahsya Soon pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17.

Pelumba sepenuh masa berusia 19 tahun dari Kota Kinabalu itu berjaya meraih pingat emas keduanya pada temasya kali ini selepas memenangi acara Basikal Bukit (MTB) Downhill wanita yang berlangsung di Pauh Putra, Ulu Pauh dekat Kangar.

Beliau berjaya mencatat masa dua minit dan 0.095 saat, mengatasi saingan Nur Farhanah Izzaty Zulkifli dari Perak yang ketinggalan 13.005s.

Pingat gangsa menjadi milik pelumba cilik berusia 14 tahun dari Selangor, Siti Natasha Mohd Basri dengan masa 2:17:720s.

"Saya amat bersyukur sebab dapat mempertahankan pingat emas dalam acara downhill ini kerana sejak dari awal saya memang menyasarkan untuk mempertahankannya. Saya akan cuba mempertahankan pingat emas ini pada Sukma akan datang.

"Saingan di sini berbeza dengan trek di Pahang dua tahun lepas, lebih teknikal berbanding trek di sini, ia memerlukan pelumba banyak berkayuh," katanya.

Natahsya meraih pingat emas pertama melalui acara BMX 400m wanita pada Ahad lepas.
Menurutnya, beliau pernah mewakili negara pada kejohanan pra-Sukan SEA di Myanmar tahun lepas tetapi tidak berjaya meraih sebarang pingat.

Selepas temasya Sukma Perlis, beliau akan menyertai Kejohanan Basikal Bukit Piala Asean siri pertama di Filipina dan seterusnya sirkit kedua di Sabah pada bulan Jun ini.

Sementara itu dalam kategori lelaki pula, Ahmad Syazrin Awang Ilah dari Terengganu tidak menyangka beliau dinobatkan selaku pemenang pingat emas.  
  
"Saingan di sini agak kuat juga khususnya daripada pelumba-pelumba berpengalaman dan mempunyai ranking dunia. Saya bersyukur nasib menyebelahi saya dan saya berterima kasih kepada semua jurulatih dan pegawai MSN Terengganu yang banyak membantu saya," kata pelumba berusia 17 tahun dari Dungun, Terengganu yang pertama kali menyertai temasya Sukma.

Nasib menyebelahi Ahmad Syazrin apabila beliau yang menjadi peserta kelapan daripada 15 peserta dengan catatan masa 1:43.717s dinobatkan sebagai juara selepas beberapa peserta termasuk peserta pilihan, Muhammad Ariff Jamaluddin dari Selangor terpaksa berhadapan dengan masalah tayarpancit semasa menuruni bukit.

Pingat perak menjadi milik Md Hafiz Danial Md Shahrulnizam dari Pahang dengan masa 1:45.419s dan gangsa milik Muhammad Raudhatul Razman Abd Razak dari Melaka dengan 1:46.122s. - Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU