Headlines News :
Home » » Pilihan Raya Presiden Mesir dilanjut sehari lagi

Pilihan Raya Presiden Mesir dilanjut sehari lagi

Written By zabidi on Wednesday 28 May 2014 | 11:45

KAHERAH - Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir semalam melanjutkan tempoh pemilihan Presiden
negara ini yang sepatutnya berakhir semalam sehingga hari ini, selepas kadar pemilih berdaftar yang mengeluar mengundi agak rendah sejak proses itu bermula, kelmarin.

Pilihan raya Presiden itu merupakan yang pertama diadakan selepas penggulingan bekas Presiden Mohammed Mursi tahun lalu oleh tentera yang diketuai Abdel Fattah al-Sisi yang merupakan satu daripada dua calon bertanding dan dilihat bakal memenangi pilihan raya tersebut.

"Keputusan untuk melanjutkan proses pengundian sehingga Rabu adalah bagi memberi peluang lebih ramai pengundi membuang undi mereka,'' kata seorang anggota suruhanjaya pilihan raya sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita Mesir, MENA. - AFP

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU