KUALA LUMPUR: Kisah duka lima beradik yang bergelar
yatim piatu dalam sekelip mata baru-baru ini mendapat perhatian Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau yang juga Ahli
Parlimen Bandar Tun Razak semalam hadir menziarah kelima-lima adik
beradik yang kemudian memanggilnya dengan panggilan ‘atuk’.
Abdul
Khalid yang turut membiasakan dirinya dengan panggilan itu sepanjang
pertemuan juga memilih untuk duduk bersila dan memangku serta berkongsi
cerita bersama kelima-lima anak itu.
“Sebagai Ahli Parlimen, saya akan terus memantau dan membantu serba sedikit agar anak-anak ini terjaga dengan baik.
“Tumpuan
kita adalah memastikan mereka mendapat bantuan jangka masa panjang
terutama dari segi persekolahan, tempat tinggal serta kos sara hidup,”
katanya kepada pemberita.
Terdahulu beliau hadir di rumah peninggalan arwah ibu bapa lima anak-anak malang itu di Taman Desa Cheras di sini.
Walaupun anak-anak itu letih baru pulang dari Perak, mereka masih petah berkata-kata dan melayan setiap pertanyaan Abdul Khalid.
“Atuk
juga ada cucu berusia tiga tahun, sama dengan awak tetapi dia main
patung ‘power rangers’,” guraunya dengan anak perempuan yang paling
kecil berusia tiga tahun.
Selepas hampir sejam meluangkan masa,
Abdul Khalid kemudian terpaksa minta diri untuk urusan penting dan
berkesempatan menghulurkan sumbangan peribadi kepada wakil penjaga.
Kelima-lima
anak itu yang berusia antara tiga hingga 16 tahun kini berada di bawah
jagaan saudara terdekat dengan bantuan jawatankuasa surau pangsapuri
berkenaan.
Jumaat lepas, bapa mereka, Jefri Mohd Zain 46 dan
isterinya, Norsalawati Ibrahim 40, terlibat dalam satu kemalangan maut
ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew.
Jenazah suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungkai, Perak. - Selangor Kini
Home »
Berita Semasa
» 'Atuk' lawat 5 beradik yatim piatu
'Atuk' lawat 5 beradik yatim piatu
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 13:17
Labels:
Berita Semasa
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !