KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam
Malaysia (Mapim kesal dan mengutuk pihak pengeluar yang telah mencemari
pengeluaran dua jenis coklat Cadbury dengan memasukkan DNA khinzir yang
haram bagi orang Islam sedangkan syarikat tersebut telah memperolehi
sijil halal dari Jakim untuk keluaran mereka.
Presidennya,
Mohd Azmi Abdul Hamid sama ada ia adalah akibat dari kejahilan mereka
mengenai bentuk atau unsur dari sumber yang haram yang tidak boleh
dicampuri dalam apa sahaja barangan atau pemakanan untuk konsumsi orang
Islam atau kerana sengaja berbuat demikian perlu disiasat dengan rapi
oleh pihak berkuasa.
"Kami berpendirian bahawa jika jelas berlaku
pelanggaran terhadap penggunaan logo dan sijil halal kepada produk
tersebut, maka pihak berkuasa tidak harus teragak-agak untuk mengambil
tindakan mengharamkannya di pasaran dan menjalankan pendakwaan," ujarnya
dalam satu kenyataan.
Sementera itu, katanya proses pemantaun
perlu ditingkatkan kepada semua barangan dan pemakanan dalam pasaran
yang mendapat sijil dan logo halal agar tidak berlaku penyalahgunaan
atau pelanggaran undang-undang yang sedia ada.
"Kami mengingatkan
juga kepada masyarakat Islam agar lebih berwaspada dan lebih sensitif
dalam hal pemakanan berproses yang dibawa dari luar negara," katanya
lagi.
Beliau menambah, industri makanan berproses sangat besar
dalam dunia sekarang sehingga umat Islam tidak boleh bersikap tidak
endah atau ambil mudah terhadap isu pemakanan yang halal.
Justeru,
katanya umat Islam perlu mengutamakan keperluan asas dalam pemakanan
agar tidak terlalu ghairah dengan makanan sampingan yang banyak
dikeluarkan dalam pasaran sekarang ini.
"Kami tidak bersetuju
pandangan yang melampaui hukum Islam sehingga ada pihak yang mahu
menuntut syarikat berkenaan membayar ganti rugi untuk masyarakat Islam
menjalani proses ganti darah.
"Ini adalah pandangan yang tidak berasaskan ilmu Islam yang betul," katanya.
Menurutnya,
pendapat sedemikian sangat mengelirukan kerana tidak menggunakan asas
hukum syarak yang betul dalam mengatasi isu seperti ini.
Beliau
menasihatkan pihak berkenaan perlu merujuk kepada para ulama yang
mempunyai keilmuan yang sahih mengenai isu yang berkaitan agar umat
Islam tidak mengambil sikap emosional dan melampaui batas panduan
syariat sehingga menimbulkan gambaran yang salah terhadap hukum Islam.
Tambahnya,
sementara umat Islam boleh bertindak menjauhkan diri dari membeli dan
mengguna barangan atau makanan yang diragui kehalalannya, menuntut
tindakan untuk memastikan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang
terhadap pihak yang melanggari syarat logo halal, boleh diambil.
"Kami
menggesa pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam hal pensijilan
halal dan penggunaan logo halal hendaklah meningkatkan kawalan dan
pemantauan agar tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab," ujarnya lagi.
Tegasnya, prosedur yang ketat
sebelum mengeluarkan sijil halal perlu dikemaskinikan supaya tidak
berlaku penyelewengan oleh mana-mana pihak sebelum atau sesudah
mengeluarkan sijil halal. - HARAKAHDAILY
Home »
Berita Semasa
» DNA babi: Jangan teragak-agak ambil tindakan
DNA babi: Jangan teragak-agak ambil tindakan
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 13:15
Labels:
Berita Semasa
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !