Headlines News :
Home » » “MengITkan penerangan, mempenerangankan IT”

“MengITkan penerangan, mempenerangankan IT”

Written By zabidi on Wednesday 17 February 2016 | 14:19

Jentera PAS kini sewajarnya maju setapak lagi dalam menyediakan sumber tenaga untuk penyediaan
berita atau bahan sebaran dengan menggunakan satu pendekatan “MengITkan penerangan, mempenerangankan IT”.

Pengarah Jabatan IT PAS Pusat, Suhaimi Embong, berkata ia bermaksud jentera kedua-dua organ PAS iaitu Lajnah Penerangan dan ICT mesti meningkatkan pembelajaran ataupun pemahaman.

“Jentera penerangan mesti belajar infrastruktur IT dan pada masa yang sama petugas ICT mestilah belajar juga elemen-elemen penerangan seperti penyediaan berita, ceramah, risalah dan sebagainya sebagai satu sumber untuk disebar luas.

“Bagi kita ini saja cara menguruskan berita-berita negeri secara istiqamah,” katanya dalam perasmian penutup dalam program Bengkel Pemantapan Webmaster pada Ahad 14 Februari di Dewan Dato’ Abu Samah, Pejabat PAS Pahang, Temerloh.

Bengkel dikendalikan oleh Cik Khadijah daripada JITP Pusat bagi webmaster yang akan mengemaskini bahan-bahan daripada sumber negeri Pahang yang akan dimuatkan dalam Centralized PAS Portal (CPP).

Suhaimi berkata, menguruskan sumber berita memerlukan kepada webmaster yang fokus kepada kerja mengemaskini berita yang dihantar ke CPP setiap hari daripada kawasan-kawasan melalui aktiviti, ulasan, aduan dan sebagainya.

Terdahulu, program dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Hj Md Jusoh Darus pada sebelah pagi.

Dalam pada itu Jabatan IT bakal menganjurkan Bengkel e-PAS (penyiaran alam siber) 2016 bagi menyelaras kerja-kerja penyebaran di alam siber bertarikh pada 20 dan 21 Februari ini.

Peserta sasaran terdiri daripada admin CPP dan penggerak webtv, radio serta jentera penerangan.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU