SAYAP ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam hanya me miliki keanggotaan
seramai 30,000 orang. Seteru mereka pula, tentera rejim Zionis Israel
dikhabarkan mempunyai seramai 720,000 orang anggota.
Israel juga memiliki keupayaan ketenteraan terhebat di dunia dengan
teknologi peperangan yang ter canggih pada masa kini, ditambah lagi
dengan dokongan sekutu-sekutunya terutama sekali Amerika
Syarikat.Menilai dari segi kekuatan kedua-dua pihak, sememangnya berbeza
ibarat langit dan bumi.
Namun dengan bilangan tentera yang jauh lebih sedikit, Briged
Al-Qassam telah berhasil memberikan satu tamparan hebat kepada rejim
Zionis Israel dalam Perang Al-Asful Ma’kul yang masih berterusan hingga
ke hari ini.
Sepanjang tempoh lebih sebulan peperangan, bilangan tentera Israel
yang terbunuh adalah seramai 497 orang, sepuluh kali gan da lebih ramai
berbanding bilangan anggota Al- Qassam yang syahid terkorban.
Dengan tekad yang jitu untuk mengecapi syahid di jalan-Nya dan
tawakkal yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT, anggotaanggota
Briged Al-Qassam telah mempamerkan sosok keberanian dan keperwiraan yang
menjadikan mereka mimpi ngeri buat tentera Israel.
Keupayaan ketenteraan dan kebijaksanan strategi peperangan Hamas
dalam peperangan kali ini juga jauh di luar jangkaan rejim Zionis
Israel, sekali gus menimbulkan kegerunan dahsyat kepada mereka.
Berikut dipaparkan sebahagian contoh kehebatan Briged Al-Qassam dalam
aspek keupayaan ketenteraan yang telah dipamerkan sepanjang Perang
Al-Asful Ma’kul kali ini.
Sebahagian besar kematian yang dialami tentera Israel adalah akibat
operasi ketenteraan yang dibuat oleh Komando Darat Al- Qassam. Operasi
darat Al- Qassam berjaya menembusi beberapa kem tentera rejim Zionis dan
kemudiannya membunuh tentera penjajah.
Dalam satu serangan hendap ke atas kem tentera Israel di Nahal Oz,
skuad Komando Al-Qassam berjaya menyelinap melalui rangkaian terowong
rahsia dan menggunakan taktik penyamaran sebagai tentera Israel yang
berhasil mengelirukan musuh.
Operasi dilakukan secara tersusun di mana pasukan Al-Qassam itu hanya
mengambil masa sekitar dua minit untuk menyelesaikan misi mereka, cukup
untuk melakukan serangan dan kemudian berundur semula ke dalam
terowong.
Mereka juga melaksa nakan operasi dengan cermat seperti tidak
melepaskan tembakan secara rambang dan bertalu-talu, tidak memusnahkan
lokasi atau meletupkan menara kawalan yang boleh menarik perhatian
tentera Israel di kemkem yang lain.
Antara strategi peperangan Komando Darat Al- Qassam lain yang turut
menonjol kali ini penggunaan perangkap samar dan keupayaan untuk
meletupkan kenderaan tentera musuh dengan alat kawalan jauh.
Dalam keadaan Gaza yang terkepung secara total, Briged Al-Qassam
masih berjaya menembusi negara haram Israel melalui jalan laut dengan
menggunakan skuad Komando Amfibia Al-Qassam yang sama sekali tidak
pernah dijangkakan oleh tentera Zionis.
Komando Amfibia Al- Qassam berhasil melaksana kan beberapa operasi
untuk mencerobohi kem tentera Israel dan seterusnya melakukan serangan
darat secara berdepan.
Teknologi roket baru R-160 Serangan roket Al-Qassam dalam peperangan
kali ini dilaporkan telah sampai ke wilayah Israel yang sebelum ini
tidak pernah berjaya dijangkau.
Kalau sebelum ini Al-Qassam telah memperkenalkan roket M-75 yang
berupaya mencapai sasaran sehingga 70-75 km, kali ini Al-Qassam berjaya
menghasilkan pula roket jenis R-160 (Rantissi 160) yang memiliki
jangkauan sasaran sehingga 160 km.
Roket ini diberi nama sempena Asy-Syahid Abdul Aziz Rantissi yang
telah syahid pada tahun 2004 akibat bedilan peluru berpandu oleh
helikopter Apache Zionis Israel.
Laporan Al-Qassam menyatakan bahawa roket R-160 telah berjaya
dilancarkan ke wilayah Haifa, bahagian paling utara di negara haram
Israel yang jaraknya kira-kira 140 kilometer dari Gaza.
Perkembangan ini menggemparkan seluruh penduduk Israel kerana kini
tiada lagi tempat yang selamat untuk mereka daripada ancaman serangan
roket Al- Qassam.
Serangan roket yang dilancarkan dari Gaza juga telah melumpuhkan operasi di Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv.
Senjata ini juga dikatakan mempunyai keupayaan penglihatan teleskopik.
Kali ini menyerlahkan kegagalan Iron Dome milik Israel yang selama
ini didakwa sebagai sistem pertahanan ketenteraan tercanggih di dunia.
Sistem Iron Dome sebelum ini didakwa memiliki kadar kejayaan sehingga
90 peratus, namun kajian yang dilakukan sepanjang peperangan kali ini
menunjukkan Iron Dome hanya mampu mematahkan 30-40 peratus serangan
roket yang dilancarkan dari Gaza.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !