Headlines News :
Home » » Ramadan : Arab Saudi lulus rancangan kecemasan

Ramadan : Arab Saudi lulus rancangan kecemasan

Written By zabidi on Wednesday 25 June 2014 | 23:51

JEDDAH - Menteri Dalam Negeri, Putera Mohammed bin Naif meluluskan rancangan untuk
menangani situasi kecemasan di Mekah dan Madinah sepanjang bulan Ramadan ini.

Menurut laman web arabnews.com, Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Suleiman bin Abdullah Al-Amro berkata, semua urusan dan persediaan itu dibuat bagi menghadapi sebarang situasi kecemasan semasa bulan Ramadan nanti.

Rancangan itu akan mengambil kira masa dan kedudukan geografi ketika bilangan jemaah umrah bertambah di kedua-dua bandar itu, terutamanya dalam tempoh 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Suleiman turut memuji sokongan yang diberikan oleh Gabenor Mekah dan Gabenor Madinah, Putera Mishaal bin Abdullah dan Putera Faisal bin Salman dalam pelaksanaan rancangan itu.

Beliau berkata, jumlah anggota keselamatan di kedua-dua bandar itu bergantung kepada jangkaan peningkatan jemaah umrah pada tahun ini, sambil menambah kata, pasukan polis akan memberi sokongan dengan menyediakan kenderaan canggih dan peralatan lain.

Satu kempen kesedaran akan dilancarkan bagi menyampaikan pesanan-pesanan tentang keselamatan awam melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), televisyen dan papan-papan tanda.

Kementerian Kesihatan telah meningkatkan aktiviti kesedaran awam dalam kalangan penduduk Arab Saudi yang mahu menunaikan ibadat umrah dan haji selari dengan komitmen bagi memastikan kesejahteraan jemaah.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengulangi jaminan akan meneruskan langkah-langkah pencegahan dan prosedur sebagai sebahagian program kesedaran kesihatan.

Pusat kawalan Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa semua jemaah umrah dan haji perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan dan keperluan kesihatan bagi mengehadkan penyebaran virus sindrom pernafasan korona Asia Barat (MERS-CoV).

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU