Headlines News :
Home » » Siri Galaxy Tab4 diperkenal

Siri Galaxy Tab4 diperkenal

Written By zabidi on Wednesday 25 June 2014 | 23:55

SAMSUNG Malaysia Electronics (SME) memperkenalkan siri terbaharu bagi rangkaian Galaxy Tab4
yang menawarkan pengalaman multimedia luar biasa dalam reka bentuk premium mudah alih sekaligus mendorong kebebasan bergerak bagi pengguna yang teruja dengan teknologi dalam aktiviti harian.

Boleh didapati pada pilihan ukuran skrin 10.1 dan 7 inci, paparan WXGA dengan nisbah 16:10 pada skrin memberikan pengguna pengalaman menonton memuaskan tidak kira sama ada mereka sedang bermain permainan video mahupun membaca kandungan digital.

Dengan pengenalan kepada fungsi Multi Window, Galaxy Tab4 memudahkan pengguna menukar aplikasi dan antara muka secara mudah dan cepat.

Menurut Presiden SME, Lee Dong Yong, siri Galaxy Tab4 dilihat mampu memberi kepuasan serta pengalaman multimedia unggul kepada pengguna dengan reka bentuk lebih nipis dan ringan sekaligus memudahkan mereka membawa ke mana sahaja.

“Di samping itu dengan tiga aplikasi yang dipertingkat seperti Group Play yang membolehkkan pengguna berkongsi muzik, dokumen serta permainan dengan rakan-rakan dalam masa nyata.

“Samsung Link pula membenarkan pengguna berkongsi kandungan pada bila-bila masa manakala Watchon berfungsi ketika mereka mahukan suasana santai sambil menonton siaran televisyen atau wayang menerusi mana-mana peralatan dalam rumah secara aktif.

“Kedua-dua model ini menggunakan resolusi WXGA 1280 X 800 piksel, dikuasakan oleh pemproses 1.2 GHz Quad-Core dengan RAM 1.5 gigabait (GB) manakala storan dalam ialah 8 GB untuk Tab 7.0 dan 16GB untuk Tab 10.1," tambahnya.

Selain itu, kedua-dua peranti tersebut turut didatangi dengan sambungan Wi-fi dan data mudah-alih yang membolehkan pengguna membuat panggilan di samping menggunakan data mudah alih yang boleh menyokong 4G LTE berkelajuan sehingga 150Mbps.

Sistem operasinya pula disokong oleh Android KitKat dan TouchWiz UI yang turut digunakan pada antara muka Samsung Galaxy S5.

Bagi siri Galaxy Tab4 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih dan boleh didapati di Samsung Experience Store serta pengedah sah dengan harga pengenalan kepada Tab4 7 inci ialah RM999 manakala 10.1 inci RM1,499.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.samsung.com/my atau lama sosial Facebook di www.facebook.com/samsungmobilemalaysia.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU