JIKA Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (hudud) yang akan dibentang di Parlimen bukan hudud
Islam maka Umno dicabar membentang hudud mereka pula.Demikian kata Naib
Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man tentang hukum hudud semasa
diwawancara Wartawan Harakah ROY RASUL
WARTAWAN :
Polemik pelaksanaan Undang-undang Syariah atau hudud di negara ini
khasnya yang dibawa Kerajaan Kelantan adalah biasa jika ditentang bukan
Islam, namun, dalam masa yang sama orang Islam sendiri yang menolaknya.
Jadi apa pandangan Dato’?
TUAN IBRAHIM: Saya lihat
gambaran-gambaran atau komentar-kementar itu semua mencerminkan
kejahilan masyarakat Islam di Malaysia terhadap perkara-perkara yang
sepatutnya menjadi keutamaan di mana menjadi asas utama dalam ilmu.
Apabila masyarakat negara ini jauh daripada ilmu mereka tidak dapat
membezakan mana satu perkara yang tidak boleh ditolak dan mana satu yang
ditentang, mana satu yang dibuat pilihan dan mana satu yang tidak
diberi pilihan.
Akibat daripada kejahilan tersebut maka timbul pelbagai polemik.
Jadi isu ini turut menjadi polemik. Setiap kali diutarakan ia menjadi
polemik dan penentangan itu datangnya dari orang Melayu sendiri. Orang
Melayu yang menakut-nakutkan bukan orang bukan Islam khususnya dengan
pelbagai tohmahan terhadap hukum hudud.
Jadi saya fikir ini
pertama dan keduanya tiada kesungguhan dan parti pemerintah meletakkan
bebanan tanggungjawab itu seolah-olah kepada PAS.
Padahal sebagai
seorang Islam yang menerajui parti memerintah mendakwa parti pemerintah
terbesar dunia dan sebagainya mereka tidak berasa sebagai satu
kewajipan dan meletakkan tanggungjawabnya kepada PAS untuk
melaksanakannya.
Maknanya ini juga kita melihat mereka tidak
bersungguh-sungguh sedangkan tanggungjawab melaksanakan undang-undang
Islam, tanggungjawab kepada semua orang Islam yang berkuasa. Jadi bagi
PAS kita terima permintaan mereka untuk dibawa ke parlimen. Tetapi dalam
masa sama kita mengingatkan Umno sebenarnya perlu bertanggungjawab di
negeri-negeri yang dikuasai mereka.
Sebelum ini kita
melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi
penentangan terhadap undangundang hudud contohnya di Terengganu. Jadi
kenapa beliau mengambil pendirian demikian?
Saya lihat sampai sekarang pun beliau pun masih sama.
Beliau masih menggambarkan apabila undang-undang Islam dilaksana akan
kudung tangan dan sebagainya.Kita lihat ulasanulasan beliau mencerminkan
‘kejahilan’ atau beliau tidak tahu tentang undang-undang Islam dan
tanggungjawab tentang pelaksanaan ini. Jadi saya lihat Tun Mahathir
seolah-olah tidak runsing sebagai seorang Islam harus mencari jalan
bagaimana untuk laksana perintah Allah bukan mencari jalan bagaimana
untuk tidak laksanakan undangundang Islam.
Jadi kita harus
melihat tindakan beliau sehingga mengugut kerajaan Kelantan. Malah
ucapanucapannya beliau langsung menggambarkan bahawa seorang Islam tidak
adil atau tidak sesuai di zaman sekarang dan sebagainya.
Bagaimana Dato’ melihat usaha kerajaan PAS Kelantan membawa isu hudud hingga ke parlimen?
Saya lihat kerajaan Kelantan telah tubuh satu Jawatankuasa teknikal
untuk membawa isu hudud ke parlimen dan Jawatankuasa ini pun telah
banyak kali adakan perbincangan.Kita yakin sebelum hujung tahun kita
akan bentang di parlimen. Insya- Allah.
Baru-baru ini ada
laporan mendakwa kemungkinan seramai 34 anggota parlimen dari DAP tidak
akan menyokong hukum hudud yang dibawa Kelantan ke parlimen nanti. Jika
penentangan ini berlaku apa komen Dato’?
Bagi saya ahli
DAP ada berapa iaitu satu beragama Islam dan satu lagi bukan Islam.
Kita harap yang beragama Islam memahami tanggungjawab agama mengatasi
tanggungjawab parti.Bagi kita jika di segi pendirian parti mereka tidak
setuju, itu hak parti masingmasing.
Kita tidak boleh komen jika
mereka menolak dan sebagainya kerana itu hak parti. Di waktu yang sama
kita masih mengharapkan wakil-wakil rakyat yang beragama Islam untuk
melaksanakan tanggungjawabnya.Sebab tanggungjawab Islam mengatasi
tanggungjawab parti. Jadi kita masih mengharap mereka akan memberi
sokongan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengatakan Umno akan meneliti balik isu hudud yang dibawa
Kelantan di parlimen nanti sama ada hukuman itu merupakan hudud ala PAS
atau mengikut ciriciri yang dituntut Islam?
Kita lihat Umno ini hanya akan meminta PAS melaksanakannya
Bagi kita sekiranya apa yang dibentangkan itu ada benda yang tidak
betul dari pandangannya hudud itu hudud Kelantan itu bukan hudud Islam
jadi kita hendak lihat termasuk Umno mengapa tidak membawa hudud mereka.
Jadi PAS hendak tengok mana dikatakan hudud betul dengan Islam. Jadi
bagi PAS, perbincangan kita sebenarnya bukan sahaja di kalangan parti.
Semasa menggubalnya itu kita menjemput tokoh-tokoh perundangan Islam
untuk bersamasama terlibat dalam penggubalan Enakmen Syariah Kelantan
itu dan kita mengambil kira semua pandangan dari pelbagai mazhab yang
ada dan muktabar. Mazhabmazhab yang muktabar itu kita tengok mana-mana
yang menepati tentang makhasih syariah untuk kita mengambil keputusan
terhadap enakmen jenayah syariah Kelantan dan sebagainya.
Apa harapan Dato’ terhadap pelaksanaan hudud yang akan dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan itu?
PAS berharap sangat bahawa negara ini terima hudud. Kerana kita hanya
hamba Allah dan bumi ini bumi Tuhan. Undang-undang yang turun itu
undang-undang Allah Taala.
Mudah-mudahan undangundang Allah Taala
dapat dilaksanakan di atas muka bumi ini. Jenayah semakin meningkat dan
sampai ke peringkat kita sudah tidak boleh kawal seperti berlaku setiap
hari pembunuhan dan jenayah lain semakin dahsyat.
Kita harapkan
dengan pelaksanaan itu nanti sekurang-kurang pada peringkat pertama kita
letak dahulu ada penerimaan enakmen jenayah syariah.
Kemudian
peringkat kedua kita akan lihat proses-proses pelaksanaannya. Kita
berharap sangat Jabatan Peguam Negara dan pihak-pihak yang terlibat
dalam perundangan membantu dan mencari jalan bagaimana untuk
melaksanakan enakmen jenayah syariah itu bukan mencari jalan untuk
menolak untuk tidak melaksananya. Jadi kita mengharapkan kerjasama ke
arah untuk menjayakan enakmen jenayah syariah di Kelantan, Terengganu
dan seluruh negara.
Umno dicabar bentang hudud di parlimen
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 13:30
Related articles
Labels:
Wawancara
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !