Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar memberikan markah ‘3B’
kepada kerajaan Kedah di
bawah pemerintahan BN dengan Dato’ Mukhriz
Mahathir sebagai Menteri Besar.“3B yang saya maksudkan ialah, ‘Blur’ iaitu kabur, ‘Blind’ maksudnya buta dan ‘Blank’ bermakna kosong.
“Mukhriz terlalu lemah mentadbir Kedah sekarang walaupun sudah genap
setahun namun, masih gagal melaksanaan program-program pembangunan malah
pembangunan yang sedia ada juga tidak dapat diurus dengan baik,” kata
beliau pada sidang media yang diadakan 6 Mei lalu.Sidang media di Markas
PAS Pokok Sena di sini sempena genap setahun Kedah di bawah
pemerintahan BN.
Menurut Mahfuz, antara kegagalan BN Kedah ialah dalam menguruskan
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik walaupun sudah mempunyai
kampus tetap dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh oleh kerajaan
Pakatan Rakyat sebelum ini.
Namun katanya, apabila BN mengambil-alih, para pelajar dan tenaga
pengajar diarahkan berpindah-randah sehinggakan menimbulkan pelbagai
kesulitan kepada semua pihak.
“Bukan itu sahaja, kakitangan Insaniah Holdings juga tidak dibayar
gaji, status mereka tidak menentu serta hak mereka dinafikan lebih-lebih
lagi ketika menjelang Aidilfitri yang lalu,” jelasnya.
Sambungnya lagi, walau pun Mukhriz cuba membawa budaya berselawat di
Kedah, program seumpama itu telahpun dimulakan sejak pemerintahan
Pakatan Rakyat dahulu dan ianya lebih kepada retorik untuk memenangi
hati golongan ustaz dan ulama di Kedah.
“Realitinya, dalam masa yang sama beliau membenarkan penyanyi separa
bogel K-Pop yang dibawa masuk dari Korea membuat persembahan di Konsert
EUPE di Sungai Petani.
“Dalam soal kebajikan rakyat juga, Skim Kafalah yang diperkenalkan
oleh kerajaan dahulu dibatalkan sedangkan skim itu bertujuan membantu
golongan berpendapatan rendah bila ahli keluarga mereka meninggal dunia,
tetapi kerajaan Kedah sanggup ‘bersedekah’ sebanyak RM200 ribu untuk
program Raja Lawak.
“Walaupun kononnya di wujudkan skim khairat kematian untuk
menggantikan skim kafalah, tetapi jumlah yang diberi hanya sekitar
RM280, dan sumbangan ini kepada semua tidak kira miskin atau kaya
walhalnya kita dahulu mengeluarkan RM500 untuk setiap kematian dan
memfokuskan kepada golongan sasaran berpendapatan ren dah,” jelas Mahfuz
lagi.
Dalam masa yang sama Mahfuz mendakwa kerajaan BN Kedah juga gagal me
nyelamatkan kawasan ta nah sawah apabila mengumumkan Projek Zon Industri
Petroleum Yan (ZIPY) akan diteruskan di Yan dan dijangkakan akan
mengorbankan tanah sawah yang luas.
“Sedangkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu, Projek ZIPY
yang ditukarkan kepada Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH) hanya akan
diteruskan di kawasan laut dan tidak melibatkan tanah sawah rakyat.
“Kalau mereka nak berbangga dengan Projek ZIPY, mereka kena ingat
projek itu telah pun dirancang sebelum 2008 lagi dan mere ka hanya
menyambung perlaksanaannya sahaja dan bukannya dari hasil pe merintahan
yang ada se karang.
“Sepatutnya dalam setahun ini sahaja, Mukhriz yang sudah tiga kali ke
London tentulah dapat membawa balik hasil untuk Kedah, tapi apa yang
kita semua dapat lihat, Kedah sekarang hanya mampu me nyumbang 30
peratus be kalan be ras negara berbanding semasa pemerintahan Pa katan
Rakyat di mana Kedah menyumbang sebanyak 44 peratus.
“Ini pula, bila Projek ZIPY nak diteruskan, akan melibatkan
sebahagian kawasan tanah sawah di Yan, sedangkan kawasan itu amat
terkenal dengan kesuburan dalam menghasilkan padi. Macam mana saya tak
kata blur, blind dan blank,” kata Mahfuz lagi.
Selain itu, Mukhriz juga dikatakan gagal bercakap benar dalam isu
pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah baru-baru ini di mana
beliau mengeluarkan kenyataan kononnya kereta tersebut untuk kegunaan
Yang di-Pertuan Agong padahal nombor pendaftarannya secara
terangterangan tertera per kataan “Menteri Besar Kedah”.
“Kenapa Mukhriz harus berbohong sedangkan duit yang dia gunakan itu
adalah duit rakyat. Kalau beliau berani buat beranilah tanggung
semuanya.
“Begitu juga dalam hal kereta rasmi Exco daripada Toyota Camry
ditukar kepada Proton Perdana walhal Camry itu baharu sahaja ditukar
kerana kereta yang sebelum itu terlalu uzur.
“Maknanya mereka sang gup mengeluarkan wang yang banyak demi kepuasan
nafsu mereka sen diri tetapi untuk kebajikan rakyat seperti Skim
Kafalah diberhentikan,” jelasnya
Markah ‘3B’ untuk pentadbiran Mukhriz di Kedah
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 13:47
Related articles
Labels:
Kedah
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !