Oleh BASHIR ISHAK & SARINA ISMAIL
Selepas setahun mengambil-alih pe merintahan daripada Pakatan Rakyat, kerajaan Kedah di bawah
teraju BN gagal menonjolkan pelaksanaan pembangunan seperti mana Akujanji mereka pada PRU13 lalu.
Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar, semasa PRU lalu, BN
telah mengeluarkan Aku janji BN Kedah dengan beberapa topik besar
tetapi selepas genap setahun, mereka masih gagal membuktikan apa yang
mereka janjikan dahulu.
Katanya, tema “Memacu Tranformasi Kedah” ditukar kepada “Tranformasi
Kedah Aman Makmur” namun, Dato’ Mukhriz Mahathir selaku Menteri Besar
masih gagal membuktikannya.
“Ketika genap 100 hari pemerintahan BN dahulu, Mukhriz hanya sekadar
me ngeluarkan amanat dan membuat kenyataan bahawa beliau tidak mahu ter
gopoh-gapah dalam soal melaksanakan pembangunan di Kedah,” ujar
Mah fuz pada sidang media di Markas PAS Pokok Sena 6 Mei lalu sempena genap setahun pemerintahan BN Kedah.
Jelasnya, dalam keadaan Kedah mengamalkan budaya pencernaan dan
perancangan di mana semua perancangan akan dibawa ke makmal transformasi
untuk kajian menyeluruh terlebih dahulu, tetapi malang dalam usia
setahun ianya masih belum berhasil.
“Saya masih tertunggutunggu, bila masanya Bandaraya Getah yang
kononnya di Padang Terap akan dilaksanakan? Mana dia Ban daraya
Aeroangkasa di Changlun?
“Mungkin betul di situ sudah ada kilang pembuatan bahagian Boeing
tetapi apa bentuk pelan tindakan yang betul-betul nak dijadikan Changlun
sebagai Bandaraya Aeroangkasa?
“Di Jerlun pula nak dijadikan Hub Minyak dan Gas, tapi yang saya
tengok sehingga hari ini hanyalah kedai minyak dan gas sahaja di sana,
apakah itu yang Mukhriz maksudkan?” soal Mahfuz.
Tambahnya lagi, perancangan untuk menjadikan Alor Setar sebagai Bandaraya Metropolis juga masih terawang-awang.
“Kita akui untuk menjadikan Alor Setar sebagai bandaraya sedemikian
memerlukan masa tetapi sehingga kini belum ada lagi pelan tindakan atau
blueprint dan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya kesungguhan kerajaan
Kedah untuk melaksanakan pembangunan seperti yang mereka hebah-hebahkan.
“Pembangunan yang ber laku di Kedah sekarang adalah pembangunan dari
Kerajaan Persekutuan seperti projek lebuhraya dan perumahan, manakala
program- program seperti marhaban dan berselawat, itu bukanlah perkara
baru kerana ianya telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.
“Apa yang jelas slogan ‘BN Menang Kedah Senang’ tidak lebih hanya
sebagai gimik politik semata- mata, walhal rakyat masih hidup susah
dengan kenaikan kos sara hidup di bawah peme rintahan BN,” katanya lagi.
PAS persoal pembangunan Kedah di bawah Mukhriz
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 13:44
Related articles
- Tok Guru: Masa hidup media sekat, setelah pergi baru puji
- Mangsa tsunami 10 tahun lalu belum dapat rumah
- Ustaz Izzat, pemergianmu amat berat untuk dihadapi
- PAS bersama Gagasan Sejahtera sedia galas mandat rakyat
- Adakah Menteri Besar Kedah Tidak Perlu Ikut Peraturan ?
- Mohon bantuan untuk mangsa ribut Alor Star
Labels:
Kedah
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !