Oleh Subky Latif
ORANG bukan sekadar mengadu kepada polis. Kepada penulis pun mereka mengadu.
Telah
mengadu pengguna kepada saya, pasar raya yang baru seminggu beroperasi
di depan Masjid Bilal bin Rabah, Taman Koperasi Polis Fasa Satu, Kuala
Lumpur dikatakan menjual arak.
Saya sampaikan kesangsian itu kepada wakil masjid supaya ia disiasat.
Jamaah
yang mendengar berkongsi kesangsian dan berkata, syarikat pasar itu
dikatakan milik DAP yang banyak rangkaiannya di Kuala Lumpur.
Jamaah
itu mungkin ada maklumat tentang penjualan arak itu. Saya tidak ada
maklumat dan saya kurang upaya untuk membuat penyiasatan.
Pasar kepunyaan orang Cina itu menggaji kebanyakannya orang Melayu.
Perniagaan
itu memberi peluang pekerjaan kepada orang Islam. Ada baiknya
perhubungan kaum yang amat ditekankan oleh negra. Dari satu segi
syarikat bukan Islam, Cina berbudi dengan orang di kawasan penduduk
Islam dan di depan masjid pula. Boleh makmur Islam olehnya.
Tetapi
penjualan arak haram di sisi Islam. Ia adalah produk yang Allah laknat.
Yang dilaknat bukan sekadar yang mencekiknya, semua yang terlibat
dilaknat belaka – dari menyediakan bahan arak, mengilang, menjual,
membekal botol, pengedar, pelayan dan juru jual pikul dosa laknat.
Amat sayang gadis-gadis Melayu yang tidak berdosa, dapat pekerjaan di kedai menjual arak pula, menjadi orang berdosa.
Wajarlah
masyarakat seluruhnya, Rukun Tetanga, masjid dan lain-lain peka dan
mengingatkan supaya arak jangan dijual. Rukun Tetangga dan masjid mesti
menyiasat betulkah yang disangsikan itu? Ia adalah bagi membebaskan
penduduk Islam Taman Koperasi Polis selamat dari laknat dan dosa. Jika
betul ada arak dijual, semuanya membiarkan saja, juru jual kena dosa
laknat, penduduk kena dosa laknat dan ahli masjid, imam dan bilal
terpalit laknat sama.
Maka setiap masyarakat pengguna kena
siasat kebimbangan itu supaya peniaga tidak jadi mangsa fitnah. Ia telah
mengeluarkan modal besar. Tidak selesalah hubungan peniaga dan pengguna
tidak harmoni.
Tiada yang dapat dibuat jika betul arak dijual
dekat masjid itu. Tiada larangan di luar Kelantan dan Terengganu premis
perniagaan bukan Islam menjual arak. Yang dikatakan Negara Islam
Malaysia tidak melarang arak dijual dan diedar asalkan jangan memandu.
Apa
orang masjid boleh buat, jika arak dijual, minta peniaga cari untung
dari perniagaan lain, jangan cari untung dari arak. Rayu ia keluarkan
arak, kalau tidak ia dicampakkan ke laut Selat Melaka, lambakkan semua
di rumah peniaga untuk mereka minum hingga pecah perut.
Penjulan
arak tidak salah dari undang-undang. Ia tiada peduli Islam, tiada
menjaga harmoni kaum dan boleh dikira bebal orang Islam.
Jika boleh pasar itu timbangkan rayuan mengeluarkan arak dari raknya.
Jika
ia tidak dengar, apa hendak buat? Tiada apa yang boleh dibuat melainkan
berdoa moga-moga Allah tutup perniagaannya. Adakah Allah redha sekadar
membantah dalam hati?
Yang kata ia perniagaan DAP, tiada
larangan bagi siapa berniaga termasuk DAP. Jika ia taja perbankan Islam,
takaful dan buka travel agensi mengendali umrah tiada larangan. Tiada
salah DAP Perak buka pasar raya depan masjid dan DAP Selangor anjur
korban murah/umrah murah.
Yang pengguna Koperasi Polis mahu
jangan jual arak tepi masjid! Jika DAP boleh bida MAS tanpa penerbangan
arak, orang Melayu nescaya kasih pada DAP. Pasar tanpa arak kecil bagi
DAP. Tapi Malaysia tanpa arak, tanpa rasuah?
Home »
Penulis Tamu
» Arak dijual depan masjid?
Arak dijual depan masjid?
Written By Editor Bebas on Sunday, 14 July 2019 | 13:00
Labels:
Penulis Tamu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !