Oleh NUR HASMIRA MOHAMAD
KUALA LUMPUR: Sasaran ribuan himpunan aman
bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik
(TPPA) bertempat di Dataran
Merdeka yang mana PAS bersama- sama Kongres Rakyat akan turun
bersolidariti bagi menyatakan bantahan keras menolak pihak kerajaan
menandatangani perjanjian tersebut.
Pengerusi Kongres Rakyat,
Mohd Azmi Abdul Hamid berkata jangkaan kehadiran di Dataran Merdeka
nanti berdasarkan usaha PAS dan juga parti-parti pembangkang lain serta
badan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan penggembleng secara meluas
kepada setiap ahli mereka.
Jelasnya kelainan himpunan pada kali
ini adalah dilakukan sebelum berlakunya sidang Khas Dewan Parlimen TPPA
yang akan diadakan pada 26 dan 27 Januari ini dan menjadi platfrom
rakyat untuk menghantar mesej tegas untuk dihantar ke parlimen.
“Kita minta juga ahli-ahli parlimen semua hadir dan kita akan
menyerahkan dekorasi bantahan rakyat itu kepada semuadan menggunakan
hujah ini untuk dibawa ke parlimen nanti,” katanya
Jelasnya,
Dataran Merdeka menjadi pilihan utama berhimpun adalah kerana ia
merupakan simbol kepada erti kemerdekaan yang mana TPPA ini juga
merupakan sebahagian bentuk penjajahan baru Barat.
“Oleh kerana
TPPA ini adalah suatu perjanjian yang akan memudaratkan kemerdekaan maka
mesej kita juga pada hari itu dan kita akan buat satu simbol juga
pertahankan kemerdekaan negara.”
Selain itu, acara menandatangani
bantahan itu juga akan diadakan yang mana setiap wakil NGO, NGI dan
ahli parlimen akan menurunkan tandatangan di atas kain kanvas bagi
menyatakan bantahan mereka.
“Kita mengambil kesempatan tersebut
sebelum sidang parlimen khas ini berlangsung, maka himpunan ini
diharapkan akan memberi kesan yang mendalam kepada perbahasan dan
akhirnya parlimen boleh membuat keputusan menolak TPPA ini,”katanya.
Ujarnya, beliau tidak hairan sehingga kini rakyat masih lemah
pengetahuan dan kesedaran mengenai implikasi TPPA ini apatah lagi ramai
jemaah menteri dan ahli-ahli parlimen juga masih kurang pemahaman
mengenai perjanjian terbabit.
Tambahnya, punca berlakunya kurang
kesedaran ini adalah kerana kesilapan kerajaan sendiri yang melakukan
rundingan tersebut secara tersembunyi sehinggakan ahli kabinet juga
tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai setiap satu rundingan itu.
Rundingan yang diadakan tanpa dokumen yang dapat diteliti oleh
ahli-ahli Kabinet dan rakyat tambahnya, adalah amat mustahil untuk
rakyat memahami 6,000 lebih muka surat intipati perjanjian TPPA itu.
Beliau bagaimanapun mendakwa bahawa ‘roadshow’ menerangkan TPPA yang
dibuat oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
hanya menerangkan mengenai kebaikan yang diperoleh jika negara
menandatangani perjanjian itu dan tidak menjawab persoalan berbangkit
yang pernah diutarakan.
“Apakah Malaysia tidak akan terperangkap
di dalam testimoni kuasa Amerika Syarikat dan juga kuasa lain kerana
mereka nak mengimbangi kuasa China.
“Apakah itu tidak mahu
didedahkan, dan sebab itulah rakyat nampaknya tidak dapat memahami hal
ini kerana kerajaan tidak mahu mendedahkan mudarat daripada TPPA ini,”
katanya.
Harapan beliau adalah agar rakyat tidak khuatir untuk
hadir kerana himpunan ini adalah himpunan aman malah isu yang dibawa
turut melibatkan kemashlahatan bersama.
Justeru itu, semua pihak katanya wajar menunjukkan sikap mereka kepada kerajaan supaya tidak menandatangani perjanjian itu.
Home »
Berita Semasa
» Seru rakyat tunjuk sikap terhadap TPPA
Seru rakyat tunjuk sikap terhadap TPPA
Written By zabidi on Saturday, 16 January 2016 | 13:25
Labels:
Berita Semasa
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !