Firman Allah s.w.t dalam Ali Imran ayat 146:
وَكَأَيِّنْ مِنْ نَبِيٍّ قَاتَلَ مَعَهُ رِبِّيُّونَ كَثِيرٌ فَمَا وَهَنُوا لِمَا أَصَابَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَمَا ضَعُفُوا وَمَا اسْتَكَانُوا ۗ وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ
"...Dan berapa banyak dari Nabi-nabi (dahulu) telah berperang dengan disertai oleh Ribbiyun (orang-orang yang taat kepada Allah) yang ramai, maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (ugama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar..."
1. Ayat ini menegaskan bahawa para nabi dan rasul berjuang menegakkan agama bersama pengikut-pengikut mereka secara berjamaah.
2. Ahli jamaah yang bersifat Rabbani ini bercirikan ubuddiyah dan benar mengenali Allah s.w.t. memiliki kesabaran yang tinggi menghadapi pelbagai liku perjuangan yang sukar.
3. Mereka tidak mudah lemah jiwa dan hilang semangat disebabkan ketakutan terhadap musuh. Mereka juga tidak akan mudah menyerah kalah kepada musuh. Mereka pasti tidak akan berpaling tadah terhadap musuh.
4. Sebahagian para ahli tafsir antaranya al-Hasan menyatakan Ribbiyyun adalah (العلماء الصبر) iaitu para ulama yang sabar dan tabah. Para ulama yang sabar ini bilangan mereka sangat ramai berjuang bersama para nabi.
5. Inilah sifat sabar yang diperlukan dalam perjuangan Islam. Ahli jamaah Islam hendaklah thabat dan teguh di samping sabar walau apa jua kepayahan dan ujian yang menimpa jamaah.
6.. Moga kita dikurniakan sifat ini oleh Allah s.w.t. agar diberikan kemenangan olehNya.
Disediakan oleh:
Ustaz Muhammad Najhan Halim
Pengarah Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !