Headlines News :
Home » » Al-Fatihah : Pas Kedah kehilangan anak muda yg sukar dicari ganti

Al-Fatihah : Pas Kedah kehilangan anak muda yg sukar dicari ganti

Written By zabidi on Tuesday 14 October 2014 | 22:40

leh Ustaz Ahmad Yahaya
 
Al Marhum Ust Ahmad Izzat kembali ke sisi Penciptanya diusia muda, tahun 1997 ana mula menjadi guru di Madrasah At Taklimiah Tok Keling dia baru tingkatan 5. Al Marhum pelajar cerdik dan petah berpidato. Setahun slps itu Al marhum lanjutkan pelajaran ke Mesir.Jika balik bercuti Madrasah Taklimiah tempat khidmatnya. Begitu jg selepas tamat pengajian di Mesir sehingga dipilih sebagai Adun Bukit Lada tahun 2008.

Al Marhum adalah kebanggaan Madrasah sbb dia anak sulung Madrasah yg diasaskan pd tahun 1992.
Al Marhum kembali ke sisi Penciptanya ketika mnjawat pelbagai jawatan dlm jamaah antaranya, Tim Ketua Dppnk, Ketua Penerangan Dupnk, Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Kedah, Ketua Dewan Pemuda Pas Pokok Sena, Pengerusi Lmbaga Tadbir Smidu, Pengerusi Lmbaga Tadbir Sridu, Pen SU Lmbaga Tadbir Madrasah At Taklimiah, Guru di Makarimul Akhlak, Guru Umumi di seluruh negara.
Amanah yg begini bnyk dipikul menggambarkan tingginya komitmen beliau kpd jamaah dan tinggi jg keyakinan jamaah kepadanya.

Amanah sebagai pendidik di sekolah dan dlm masyarakat bukti tingginya ilmu dan keupayaannya.
Jam 11. 10 mlm tadi  Pas Kedah kehilangan anak muda yg sukar dicari ganti. Pemuda Kedah dan Pokok Sena kehilangn pemimpin. Ummah jg kehilangan guru umumi yg disegani. Anak murid di sekolah kehilangan pembimbing.

Apatah lg ahli keluarga dan 5 anak yg mnjadi yatim. Namun jasa Almarhum akan terus dikenang di sisi manusia. Kebaikannya akan diganjarkan balasan terbaik di sisi Allah...Selamat jalan wahai sahabatku, taman2 Syurga menanti mu

Jenazah Ust Ahmad Izzat akan dibawa balik ke rumah ibunya di Bt 2 Lebuhraya Sultan Abd Halim/depan Sek teknik Alor Setar, solat jenazah jam 10 pg di Masjid Derga dan solat kali ke 2 di Masjid Muassasah Darul Ulum jam 11 pg. Akan dikebumi di perkuburan Muassasah bersebelahan Ust Fadhil Nor, Ust Azizan Razak dan Ust Syauqi Ibrahim..
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU