Oleh DR AZMAN IBRAHIM
“Lagu mana pok cik kita, BR1M naik 50 riyal ni.” Sapa saya sambil bergurau dengan seorang tua di Kampung Renek, Jabi semalam.
“BR1M
orang bagi kita ambik. Boleh laa wat belanja 4,5 hari. Zaman loni
barang mahal belaka...” jawab orang tua ni sayu.Ni naik 50 riyal pulok.”
Saya mengajak pak pik ni berbual.
“50 riyal zaman loni
Awe weehh! Habih buat belanja, tunggu pulok BR1M sekali lagi. Lepas tu
tunggu pulok... Kita duduk lagu ni jugok. Naik BR1M 50 riyal saja. Gapo
dia pulok nak naik lepas ni kita tak tahu lagi.”
“Pok cik setuju
tak kalau BR1M tak payah bagi. Tapi kerajaan kena buat turun harga
minyak, turun lektrik, turun yuran ngaji anak-anak, masuk hospital tak
payah bayar, harga getah sawit naik sikit dan polis pun jangan duduk
bersungguh sangat nak saman rakyat?”
“Haaaaa… kalu lagu tu molek benar laa! Tak bui BR1M pun tak apa!”
Suatu
keluhan yang berpijak di bumi nyata dari seorang tua kampung, tapi
sangat tepat dengan realiti. BR1M, suatu pemberian yang ditunggu, tapi
tak mengubah sesuatu apa pun dari taraf kehidupan rakyat. Suatu ehsan
yang meletakkan sebahagian besar penerimanya dalam keadaan
tertunggu-tunggu bila tarikh pembahagian yang seterusnya.
Ibu
saya pernah cerita, ada orang tua kampung yang pagi-pagi lagi dah pergi
tanya khabar di BSN Bandar Jerteh, Besut. “BR1M masuk doh ko?” Jawab
kerani di kaunter bank, “BR1M tak bangun tidur lagi mok cik!”
Suatu
strategi pemberian wang tunai yang berhasil mengikat rakyat untuk terus
bergantung kepada ehsan kerajaan walaupun hakikatnya ia tak mengubah
apa-apa. Lebih malang lagi apabila pemberian yang tak seberapa itu akan
disusuli pula dengan pengambilan balik dalam pelbagai bentuk samada
secara terang atau halus.
Minyak naik, lektrik naik, tol naik,
saman ekor merata-riti, roadblock polis, JPJ, insurans body kereta motor
naik dan macam-macam lagi kaedah ‘pengambilan balik’ yang tak disedari.
Silap
percaturan, dalam perjalanan balik dari terima BR1M, kena tahan polis.
Motor Honda Cup buruk tak ada roadtax, lesen pun tak ada. Huh! Habis
buat bayar saman je duit BR1M tu!
Kalau PM menyebut semasa ucapan
pembentangan Bajet 2016 bahawa pemberian BR1M akan diteruskan kerana
mendapat respon positif walau tak dinyatakan bahawa maklum balas positif
itu dari mana, saya boleh bersetuju dengan PM. Duit tunai, ada orang
tak nak terima? Semestinya semua yang terima akan suka.
Tetapi
sebagai sebuah kerajaan, sepatutnya mentaliti dan cara berfikir pemimpin
kita bukan hanya setakat bagi duit tunai ala kadar, dalam masa yang
sama cuba tanya penerima BR1M beberapa soalan mudah seperti yang saya
catatkan di atas.
Saya yakin bahawa jawapan yang diterima adalah
sama dari majoriti penerima. Malah kajian kesan pemberian BR1M kepada
pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat tak memerlukan kajian dari
sebuah institusi pengajian tinggi. Di kampung pun kita boleh dapat
jawapan dengan jujur.
Kecuali kalau hasrat kerajaan mewujudkan
pemberian sebegini dengan tujuan untuk mewujudkan pergantungan
berpanjangan serta berterusan rakyat terutamanya yang berpendapatan
rendah kepada kerajaan maka saya berpendapat BR1M satu tindakan yang
sangat tepat!
Bila rayat berterusan bergantung dan berharap,
maka mereka senang untuk nak ‘diuruskan’. Rakyat yang berjiwa bebas dan
berdikari mungkin menjadi satu liabiliti kepada survival Umno/BN.
Penulis ialah Ketua Kebajikan PAS Terengganu.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !