Oleh TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Alkisah dua beradik
Satu masa dahulu, ada dua beradik yang tinggal di dua kebun bersebelahan telah berbalah dan berkelahi antara satu sama lain.
Ia
adalah satu pertelingkahan yang serius dalam tempoh 40 tahun untuk dua
adik beradik petani berjiran ini, yang berkongsi tanah, peralatan,
pekerja dan hasil untuk sekian lama.
Kerjasama utuh antara
dua adik beradik sebelum itu akhirnya berkecai. Ia bermula daripada
satu salah faham yang kecil sehingga menjadi satu masalah yang besar
sehingga akhirnya pertukaran kata-kata melampau serta melukakan hati
diikuti dengan perang dingin berminggu lamanya.
Satu hari, ada
seorang datang mengetuk pintu rumah si abang. Lalu abang membuka pintu
dan melihat seorang yang penuh dengan peralatan pembinaan.
“Saya
sedang mencari kerja untuk beberapa hari,” kata Riduan. “Bolehkah
abang beri berikan beberapa tugas kecil yang saya boleh buat?”
“Ya,”
jawab si abang. “Saya ada kerja untuk saudara. Lihat parit besar di
kebun belah sana itu. Dia jiran saya. Oh tidak, sebenarnya dia adik
saya. Minggu lepas kami bergaduh besar, dan dia ambil bulldozer lalu
mengorek dari sungai itu dan membina parit antara dua kebun kami. Adik
saya telah melakukan ini untuk menunjukkan dia benci kepada saya. Saya
nak buat yang lebih baik untuk balas dendam.”
“Lihat kayu balak
di belakang kebun saya. Saya nak saudara binakan satu pagar 8 kaki
tinggi mengelilingi kebun saya supaya kebun dia tidak lagi saya
kelihatan buat selama-lamanya,” tambah si abang lagi.
Riduan
mengangguk. “Saya faham situasi encik. Berikan saya paku, mesin untuk
mengorek lubang dan saya akan siapkan kerja yang encik mahu itu.”
Selepas itu, si abang itu terpaksa ke bandar selama seminggu untuk mencari pelanggan baru.
Setelah menyediakan semua bahan mentah untuk Riduan, si abang terus ke bandar.
Selama seminggu, Riduan bertungkus lumus menyiapkan kerja sebaik mungkin. Hampir seminggu, kerja yang dijanjikan hampir siap.
Si abang kembali daripada bandar dengan harapan menyaksikan pagar 8 kaki telah terbina.
Setibanya
di kebun, si abang terkejut sehingga ternganga mulutnya melihat apa
yang dibuat Riduan dan terus berasa marah dan menjadi bengis.
Tiada pagar 8 kaki, tapi satu jambatan melintasi parit yang dibina adiknya menyambung kedua-dua kebun bersama kembali.
Apabila
terjumpa Riduan, si abang dengan marah mahu berkata, tetapi belum
sempat dia berkata, si adik menyampuk “Apa awak buat." Rupa-rupanya
adiknya telah datang ke kebun abang setelah jambatan itu siap.
“Tak
sangka setelah kata-kata kesat dan melampau adik pada abang, abang
masih bina jambatan menghubungkan dua kebun ini. Maafkan adik. Adik yang
tersilap. Adik sayang abang,” kata adik kepada abang.
Kemarahan abang pada Riduan kini bertukar menjadi kagum dan terhutang budi.
Riduan mula mengumpulkan barangnya untuk beredar.
“Mana kamu nak pergi? Banyak lagi kerja untuk kamu!” kata si abang.
“Saya nak pergi, terdapat banyak lagi jambatan yang sedang menunggu saya untuk dibina,” kata Riduan.
“Mengapa
saudara berani buat jambatan dan bukannya pagar seperti yang diminta?”
tanya si abang yang masih tidak memahami niat Riduan.
“Apa
gunanya kehebatan ilmu membina saya jika saya gunakannya untuk galakkan
permusuhan dan bukan persahabatan antara dua adik beradik yang hanya
marah kerana tersilap kata?
"Apa gunanya umur panjang kalau kita
biarkan mereka yang dalam kebencian hidup dalam kebencian tanpa cuba
membantu mereka?” jawab Riduan.
"Hidup ini singkat. Jangan
bazirkan dengan membiarkan kebencian, kemungkaran, ketidak-adilan dan
kezaliman berterusan. Bantu setakat boleh untuk Allah swt," tambah
beliau lagi.
Wahai anakku,
Aku ceritakan ini untuk engkau
mengerti perbezaan orang yang positif dengan yang negatif. Jika kamu
seorang yang positif, kamu akan selalu berfikir untuk menyelesaikan
masalah.
Sebaliknya jika engkau seorang yang negatif, kamu akan selalu menimbulkan keburukan dan mencari masalah.
Wahai anakku,
Jika
kamu seorang yang positif, kamu akan suka meringankan masalah
sekiranya engkau seorang yang negatif, kamu suka merumitkan masalah.
Jadilah
seorang yang positif dengan mengecilkan masalah yang besar, daripada
menjadi seorang yang negatif membesarkan masalah yang kecil.
Senyum kerana Allah menyuruh kita terus berusaha untuk mencapai kemenangan.
Home »
Penulis Tamu
» Maafkan adik, adik yang tersilap
Maafkan adik, adik yang tersilap
Written By Editor Bebas on Wednesday, 8 October 2014 | 22:08
Labels:
Penulis Tamu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !