BANGKOK - Junta tentera Thailand memansuhkan perintah
berkurung lewat malam di lebih 20
wilayah, tetapi perintah itu kekal di
Bangkok dan 50 wilayah lain.
Pengumuman itu dikeluarkan semalam bagi memudahkan rutin harian orang
ramai dan disebabkan keadaan wilayah-wilayah tersebut aman.
Perintah berkurung itu juga telah dikurangkan dari tujuh jam ke empat
jam, selain perintah itu dimansuhkan di beberapa wilayah yang terkenal
dengan kedatangan pelancong luar.
Kerajaan tentera Thailand mengeluarkan perintah berkurung di kesemua
77 wilayah pada 22 Mei lalu selepas rampasan kuasa tentera dilaksanakan
ke atas kerajaan bagi mengembalikan keamanan daripada konflik politik
negara ini. - AP
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !