Headlines News :
Home » » Tunggu dua tahun lagi

Tunggu dua tahun lagi

Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 11:52

RAZIF Sidek mengakui kecewa apabila peluang untuk menamatkan kemarau 22 tahun menjuarai Piala Thomas gagal dilaksanakan pemain negara selepas tumpas 2-3 kepada Jepun dalam perlawanan final di New Delhi, India, kelmarin.

Beliau yang juga bekas pakar beregu negara berkata, Malaysia mempunyai peluang lebih baik pada perlawanan tersebut, namun dihampakan dengan kesilapan pemain khususnya gandingan beregu pertama, Tan Boon Heong-Hoon Thien How dan perseorangan kedua, Chong Wei Feng.

Menurutnya, mereka tidak memberikan aksi konsisten menyebabkan kemarau kejohanan berprestij tersebut terus berlanjutan.

"Sepatutnya kita tidak berdepan masalah untuk meraih dua lagi mata menerusi beregu dan perseorangan kedua, Wei Feng selepas Datuk Lee Chong Wei menyumbang mata pertama.

"Dan jika situasi itu berlaku, kita sememangnya sudah muncul juara. Namun apa yang saya lihat, beregu pertama kita terlalu tertekan.

"Meskipun pada awalnya mereka berjaya memberikan saingan dengan memenangi set pertama, tapi selepas itu prestasi dan persefahaman yang dipamerkan mereka semakin menurun.

"Situasi sama juga berlaku kepada Wei Feng. Saya betul-betul terkejut melihat persembahannya berbanding sebelum ini yang dilihat bersemangat dan banyak menguasai gelanggang.

"Namun, apabila berdepan Kento Momota, dia seolah-olah hilang tumpuan dan juga tertekan. Sebab itu saya cakap, pemain yang tidak mempunyai kekuatan mental yang tinggi, dia akan kalah," katanya, semalam.

Diminta mengulas mengenai kekalahan Liew Daren yang gagal menyumbang mata kemenangan kepada kem negara sekali gus menjadi punca kem negara kempunan mendakap piala tersebut, Razif nyata mempunyai pandangan tersendiri apabila tidak menyalahkan pemain tersebut 100 peratus.

"Kenapa kita perlu salahkan dia? Kita harus tahu pada awalnya kita memang tak mengharapkan sesuatu daripada Daren kerana kita menjangkakan mata dapat dikutip dari Chong Wei, beregu pertama dan Wei Feng.

"Tapi disebabkan kegagalan beregu pertama dan perseorangan ketiga, Daren menjadi orang penting untuk mencari mata kemenangan.

"Tapi bagi saya, pujian harus diberikan kepada Daren kerana tetap menunjukkan semangat melawan yang sangat tinggi meskipun gagal menjadi wira.

"Selain itu, penghargaan dan tahniah juga wajar diberi kepada pemain negara yang lain kerana berjaya melangkah ke final meskipun ramai pihak tidak meletakkan harapan tinggi pada awal persaingan tersebut," jelasnya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU