ARAU - Budak pembuat kopi, Muhammad Izzuddin Irfan Muhammad Fazail
mencipta sejarah buat
Brunei pada Sukma XVII Perlis 2014 apabila meraih
emas pertama buat kontinjen negaranya menerusi sukan karate semalam.
Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian Brunei selama 18 tahun
untuk mendapat pingat emas sepanjang menyertai temasya ini. Kali
terakhir Brunei meraih pingat emas ialah di Pahang pada 1996.
Muhammad Izzuddin, 19, yang bekerja sambilan sebagai pembuat kopi
menggembirakan kem Brunei dengan kemenangan dalam acara akhir kumite
individu lelaki lebih 84 kilogram.
Dia menewaskan Julius Goh dari Johor di Kolej Matrikulasi Perlis
dalam perlawanan akhir. Pingat gangsa pula dikongsi oleh V. Devaraj dari
Wilayah Persekutuan dan atlet Negeri Sembilan, P. Navin.
Muhammad Izzuddin berkata, kejayaan tersebut amat bermakna buatnya
dan melahirkan harapan agar kemenangan itu akan menyuntik semangat
kepada rakan-rakannya untuk berusaha kuat bagi memenangi emas dalam
pertandingan lain.
"Saya mengaku saya gugup semasa perlawanan akhir namun dapat mengatasinya dengan baik.
"Kontinjen kami tidak meletakkan sasaran yang khusus pada temasya ini
kerana sedar persaingan yang amat sengit," kata Muhammad Izzuddin.
Pada Sukma 1996 Brunei mengumpul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa secara keseluruhan.
Sementara itu, hari terakhir pertandingan karate semalam menyaksikan
Pulau Pinang meraih dua lagi emas daripada empat yang dipertandingkan.
Atlet mereka, Thor Sin De memenangi acara kumite individu wanita
lebih 68kg manakala Chew Han Tiong unggul dalam acara akhir kumite
individu lelaki bawah 84kg.
Baki satu lagi emas yang ditawarkan dalam pertandingan akhir kumite
individu wanita bawah 68kg diraih atlet dari Wilayah Persekutuan,
Christina Edris.
Sepanjang tiga hari karate berlangsung pada Sukma 2014 menyaksikan
pasukan Pulau Pinang menjadi pasukan paling cemerlang apabila berjaya
meraih lapan emas daripada 16 yang ditawarkan.
Budak pembuat kopi cipta sejarah
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 11:50
Related articles
Labels:
Sukan
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !