Headlines News :
Home » » Nutrisi untuk pesakit buah pinggang

Nutrisi untuk pesakit buah pinggang

Written By zabidi on Wednesday 28 May 2014 | 12:08

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah salah satu masalah kesihatan global khususnya di Asia
Tenggara kerana ia berhubung kait dengan diabetes dan tekanan darah tinggi, penyakit-penyakit yang kerap digelar penyakit 'gaya hidup'.

Hasil kajian terhadap CKD juga menunjukkan bahawa pengurangan fungsi buah pinggang akan menyebabkan peningkatan penyakit berkaitan kardiovaskular dan membawa kepada kematian awal.

Rawatan dialisis merupakan salah satu rawatan pilihan, di samping pembedahan pemindahan buah pinggang bagi pesakit dengan kegagalan buah pinggang yang kronik.

Dialisis akan membantu 'mengambil alih' tugas-tugas buah pinggang yang rosak dengan membantu pengeluaran lebihan air serta bahan-bahan kumuh dari darah dan membantu mengimbangi elektrolit dalam badan.

Timbul persoalan adakah rawatan dialisis yang terpaksa dilalui pesakit buah pinggang akan menyebabkan kesan-kesan lain yang mungkin akan menjejaskan hidup.

Ini lebih-lebih lagi, setelah sekian lama memiliki buah pinggang yang sihat, menjalani dialisis pasti menimbulkan suasana berbeza kerana pesakit terpaksa bergantung hidup pada mesin.

Ketika ini sokongan ahli keluarga amat diperlukan kerana emosi dan fizikal pesakit akan terjejas.
Pesakit buah pinggang biasanya akan berasa letih kerana kekurangan tenaga, justeru mereka perlu mengambil makanan yang dirancang dengan teliti agar dapat memberikan tubuh nutrien yang secukupnya.

Menurut pakar kesihatan buah pinggang, Dr. Fernando Cortizo, pesakit dialisis boleh menjalani kehidupan yang normal dan aktif sekiranya mengamalkan pengurusan dan kawalan penyakit yang sewajarnya.

“Pesakit perlu mengambil protein yang secukupnya iaitu lebih tinggi daripada orang biasa. Jumlah protein yang mencukupi penting untuk tumbesaran, pembinaan otot, membaiki tisu dan melindungi badan daripada jangkitan penyakit.

“Di samping itu, pesakit juga perlu mengawal kadar pengambilan fosfat, selain perlu mengawasi pengambilan makanan yang mengandungi sodium, kalium dan pengambilan cecair," katanya dalam sesi sembang kesihatan dalam majlis pelancaran makanan kesihatan TFF Unece U-99 dan TFF Unece U-LP 200 untuk pesakit pra-dialisis dan dialisis di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, tanpa protein yang secukupnya, pesakit dialisis akan mula mengalami masalah otot, di mana badan akan memakan fungsi otot sendiri untuk mendapatkan tenaga yang cukup untuk memberi fungsi kepada organ badan yang lain.

Ujarnya, pengambilan garam juga harus dihadkan untuk mengawal tekanan darah.
Satu cara yang boleh diamalkan dengan mudah ialah diet tanpa garam tambahan iaitu jumlah garam minimum digunakan ketika memasak.

“Nutrisi penting untuk pesakit dialisis kerana tanpa nutrisi yang baik, penyembuhan luka terjejas, kecenderungan berlakunya jangkitan penyakit, lemah badan, keletihan dan kadar pemulihan merosot," jelasnya.

Dr. Cortizoa berkata, di Malaysia, bilangan pesakit buah pinggang peringkat akhir meningkat setiap tahun.

“Walaupun dianggap masalah biasa, tetapi ia boleh dirawat dengan adanya terapi selamat dan berkesan yang boleh disesuaikan dengan keperluan dan gaya hidup," katanya.

Kini, para pesakit berkenaan mempunyai pilihan termasuk pengurusan makanan yang bijak.
Makanan kesihatan

Dalam pada itu, True Functional Food memperkenalkan TFF Unece U-99 dan TFF Unece LP 200 makanan kesihatan kepada pesakit pra-dialisis dan dialisis untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif.

Ia diformulakan untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis dengan memberikan diet protein yang tinggi iaitu yang mempunyai 17.2 (22g) protein BV dan nisbah yang selamat untuk kandungan fosforus, kalium dan natrium.

Ia juga mempunyai nutrisi yang tinggi bagi bahan berfungsi seperti L-Carnitine, Laktoferin, L-arginina dan Taurina, untuk memperkuatkan sistem imun pesakit, selain mencegah perkembangan penyakit kardiovaskular yang merupakan komplikasi kepada pesakit yang menjalani rawatan dialisis.

Kajian di Hospital Universiti Perubatan Chung Shan Taiwan telah menunjukkan bahawa pengambilan makanan tambahan tersebut telah meningkatkan tahap tenaga, metabolisme yang lebih baik dan membantu mengawal fungsi tubuh selain meningkatkan kualiti hidup serta jangka hayat pesakit dialisis.

Manakala TFF Unece LP 200 pula makanan kesihatan untuk pesakit buah pinggang peringkat satu hingga empat, yang mempunyai risiko mengalami peringkat tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis untuk hidup.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU