OLEH ZULKIFLI YAHAYA
KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila
berjaya melancarkan Pelan Induk pada
30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4
bilion di Teluk Burau Langkawi
Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka
Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir
yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.
Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang
tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar
didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang
tui’ mencari nama.
Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz
Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya
di bidang pendidikan.
Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan
lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi
dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi?
Kerajaan terdahulu
telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet
sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa
yang dibangunkan.
Nasib malang institusi pendidikan di Kedah
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 13:51
Related articles
- Tok Guru: Masa hidup media sekat, setelah pergi baru puji
- Mangsa tsunami 10 tahun lalu belum dapat rumah
- Ustaz Izzat, pemergianmu amat berat untuk dihadapi
- PAS bersama Gagasan Sejahtera sedia galas mandat rakyat
- Adakah Menteri Besar Kedah Tidak Perlu Ikut Peraturan ?
- Mohon bantuan untuk mangsa ribut Alor Star
Labels:
Kedah
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !