Headlines News :
Home » » PAS terus terima penyertaan ahli baharu

PAS terus terima penyertaan ahli baharu

Written By zabidi morad on Sunday, 2 August 2015 | 10:11

KUANTAN: PAS terus menerima kemasukan ahli baharu dalam suasana parti itu menghadapi cabaran selepas muktamar tahunan ke-61 pada Jun lalu.

Pada perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak 3.0) peringkat negeri Pahang yang berlangsung di pekarangan Masjid Al-Fatah Batu 3, di sini malam tadi, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosli Abdul Jabar menyerahkan borang penyertaan ahli baharu PAS seramai 400 orang kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Selain Tuan Guru Abdul Hadi, turut menyampaikan ceramah pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, AJK PAS Puat, Sanusi Mohd Nor dan Pengerusi DHPP Pusat, Balasubramaniam.

Semalam, kira-kira 1,500 orang menyertai Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat negeri yang diadakan di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Kuala Krau.

Di samping Tuan Ibrahim selaku perasmi dan pembentang, Naib Presiden dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Nasrudin Hassan turut membentang kertas kerja dan menjawab pertanyaan para peserta
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Follow by Email

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU