PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah
berlakunya masalah
jantung dan kanser, tetapi ia turut merangsang otak
yang subur. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan
bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak.
Seorang pensyarah dalam bidang neuro surgeri di University of
California, Los Angeles (UCLA) iaitu Profesor Fernando Gomez Pinilla
telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan
tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat
menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan
gangguan emosi.
Banyak ibu bapa yang mungkin terlepas pandang tentang pemakanan yang
mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak. Satu
penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di
Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Langka. Beliau telah
memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif
(ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang
peningkatan positif dari segi tingkah lakunya.
Kanak-kanak ini
kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil
kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan,
agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik
anak-anak ADHD ini. Malah pada Tahun 2009, kajian yang telah dijalankan
oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, United Kingdom, mendapati
anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun
menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.
Jadi jelaslah bahawa pemakanan yang baik penting bagi melahirkan
anak-anak yang cemerlang. Menurut, Pakar Motivasi Pelajar iaitu Dr.
Tengku Asmadi T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk
pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan
cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif,
teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang.
Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana berkaitan
langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk
mencerap dan memproses maklumat.
Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan
otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan
bahan-bahan daripada pemakanan sunnah dan juga pemakanan herba yang
secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai
JuzQ30.
Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan
disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab
(manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan
bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti
gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.
Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah:
* Menyuburkan sel-sel otak.
* Meningkatkan daya fokus dan tumpuan.
* Menstabilkan frekuensi minda.
* Memberikan ketenangan dan meningkatkan keupayaan mengawal emosi.
* Terang hati dan mudah faham.
* Melembutkan hati yang degil.
* Cepat ingat dan pantas berfikir.
* Meningkatkan semangat belajar.
* Memudahkan hafalan.
* Membantu melancarkan perjalanan darah.
JuzQ30 ini boleh diambil pada semua peringkat usia kerana ia adalah
pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu
mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang
terbina. Sebaik-baiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum
tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika
tidur.
Produk ini juga menggunakan air zam zam yang telah digunakan untuk
membasuh Zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236
huruf-huruf al-Quran. Air zam zam inilah yang digunakan untuk memproses
dan mengadun bahan-bahan itu semua bagi menambahkan kekuatan metafizik
pada produk ini.
Untuk mendapatkan produk JuzQ30 sila hubungi talian kami iaitu
012-2324622 atau 013-4334622. Maklumat lanjut dan senarai pengedar
terdekat boleh diperolehi dengan melayari laman web www.juzq30.com .
Kami juga masih memerlukan ramai pengedar di seluruh negara. Bertindak segera dengan menghubungi talian tersebut.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !