Headlines News :
Home » » Jokowi umum pakaian kempen

Jokowi umum pakaian kempen

Written By zabidi on Wednesday 28 May 2014 | 11:33

JAKARTA - INDONESIA. Calon Presiden Indonesia Joko Widodo dan gandingannya Jusuf Kalla memperkenalkan pakaian khas yang akan dipakai sepanjang kempen pilihan raya bermula 4 Jun hingga 5 Julai ini.

Jokowi akan memakai kemeja bercorak kotak berwarna merah dan biru iaitu pakaian sama yang dipakai semasa kempen untuk merebut jawatan Gabenor Jakarta, manakala Kalla akan memakai baju putih.

"Itu adalah pakaian kami sehingga 9 Julai iaitu hari berlangsungnya Pilihan Raya Presiden. Pemakaian baju yang berbeza adalah untuk melambangkan bahawa kami melengkapi antara satu sama lain.

"Kalla adalah seorang ahli politik yang berpengalaman, sedangkan saya masih baru berbanding beliau,"katanya kepada Jakarta Post.

Sementara itu, Kalla memberitahu keputusan mereka untuk memakai baju berlainan secara tidak langsung bertujuan menyerlahkan lagi karakter masing-masing.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU