Headlines News :
Home » » Bekas PM Thai bebas

Bekas PM Thai bebas

Written By zabidi on Wednesday 28 May 2014 | 11:35

BANGKOK - THAILAND.Kerajaan junta Thailand membebaskan bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra daripada tahanan tentera sejak ditahan 23 Mei lalu.

"Yingluck telah dibebaskan dan dibenarkan pulang ke rumah. Semua yang dibebaskan juga perlu melaporkan dengan jelas kepada Majlis Kebangsaan Ketenteraman dan Keamanan di mana mereka berada," menurut jurucakap junta Winthai Suvaree.

Segala pergerakan utama Yingluck juga perlu dilaporkan dan beliau turut dibenarkan keluar membeli-belah.

Bagaimanapun, Winthai tidak dapat mengesahkan sama ada rumah Yingluck kini sedang diawasi pihak tentera.

Yingluck ditahan tentera Jumaat lalu dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui sejak rampasan kuasa tentera sehari sebelum itu.

Sementara itu, menurut laporan agensi, bekas Menteri Pelajaran Chaturon Chaisang ditahan kelmarin selepas enggan melapor diri kepada pihak berkuasa tentera kerana ingin menunjukkan tentangannya terhadap rampasan kuasa tersebut.

Menurutnya, dia tidak mahu terus bersembunyi dan tidak akan berlawan dengan cara keganasan.

"Saya tidak mahu ditangkap tanpa peluang untuk bersuara. Saya ingin berjuang untuk demokrasi. Rampasan kuasa bukan penyelesaian kepada konflik di Thailand,"katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU