Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz
Omar menjangkakan Malaysia bakal berdepan dengan 'darurat ekonomi'
pada tahun hadapan berikutan berlakunya penyusutan nilai matawang
ringgit, penurunan harga minyak serta peningkatan inflasi.
Menurut
beliau, keadaan cukup membimbangkan apabila nilai mata wang ringgit
terus menjunam pada kadar RM3.43 untuk USD1 dan RM2.63 bagi satu
Singapore Dollar (SGD1).
Penurunan ini amat tinggi
yang kita alami sejak 1997 ataupun 1998, pada waktu yang sama berlaku
penurunan harga minyak kepada USD70 satu tong.
"Ini semua akan
meningkatkan kadar inflasi dan sekaligus bajet 2015 akan menyusut lebih
kurang 30 peratus," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS.
Ahli
Parlimen Pokok Sena itu bimbang apabila negara sedang menuju kepada
darurat ekonomi, walaupun kerajaan menjangkakan ia boleh ditampung
melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Petronas sendiri
sudah meramalkan dan umum sumbangan Petronas akan menyusut sebanyak
RM25 bilion dalam bentuk cukai mahupun royalti," ujarnya.
Beliau menambah, ia satu jumlah yang besar, kebergantungan kerajaan dari hasil minyak dan gas akan tergugat.
"Jika
kerajaan berharap GST dapat menampung kelompangan tersebut tetapi
dalam keadaan ekonomi sedemikian rakyat akan lebih berhemah dalam
berbelanja.
"Bila berbelanja dengan berhemah ini bermakna cukai
GST yang disasarkan kepada RM23 bilion itu tidak akan tercapai,"
katanya lagi.
Beliau turut berharap dalam keadaan kritikal itu,
kerajaan perlu melantik segera seorang Menteri Kewangan sepenuh masa
bagi memberi tumpuan khusus kepada 'darurat ekonomi' yang bakal berlaku
Home »
Berita Semasa
» 2015: Malaysia bakal berdepan 'darurat ekonomi'
2015: Malaysia bakal berdepan 'darurat ekonomi'
Written By zabidi on Sunday, 7 December 2014 | 22:08
Labels:
Berita Semasa
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !