1. Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Bandar Alor Setar Dato’ Mat Noh Ahmad bahawa projek pembangunan pesisir pantai di Kuala Kedah adalah tidak mengikut peraturan kerana pemaju tidak pernah memohon “kebenaran merancang” dari Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) adalah mengejutkan; setelah projek menambak laut dibuat sewenang-wenangnya oleh pemaju.
2. Saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Bandar di
atas tindakan tegas beliau mengarah dihentikan projek yang telah
dimulakan itu, sehingga pihak pemaju mematuhi semua peraturan yang
ditetapkan.
3. Rupanya projek yang dianggap misteri oleh penduduk sekitar itu adalah sebuah projek haram (tanpa kebenaran pihak berwajib) yang telah meresahkan banyak pihak, khususnya penduduk Kampung Tepi Laut. Projek itu juga telah membawa mala petaka kepada ramai pesawah yang tidak dapat mengusahakan 35 hektar tanah sawah apabila saliran MADA terganggu oleh projek tersebut.
Para petani terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM300 ribu untuk musim ini.
4. Apa yang lebih mengejutkan, projek mega tersebut adalah usahasama antara pemaju swasta dengan Permodalan Kedah Berhad (PKB) yang merupakan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBK). Sebagai Menteri Besar yang juga selaku Pengerusi PMBK, mustahil Dato’ Seri Mukhriz Mahathir tidak tahu menahu mengenainya.
Bahkan terdapat desas desus bahawa projek dimulakan dengan tergesa-gesa untuk membolehkan Menteri Besar merasmikan pecah tanah yang telah dijadualkan pada awal Disember 2015, dan kemudiannya diubah ke penghujung Januari 2016. Jika ada dalam pengetahuan Dato’ Seri Mukhriz, mengapa beliau membiarkan sahaja projek dilaksanakan dengan tidak mengikut peraturan?
Tidakkah ini adalah cerminan kepada kepimpinan sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab?
5. Saya mendesak Kerajaan Negeri supaya membayar pampasan mengikut jumlah kerugian yang ditanggung oleh para petani kerana sikap tidak bertanggungjawab merekalah yang menjadi punca terhadap masalah yang dihadapi oleh para petani terbabit.
6. Selaku wakil rakyat, saya juga mendesak pampasan terhadap petani diberi dengan segera kerana sepatutnya sekarang adalah tempoh mereka menuai hasil padi. Begitu juga pampasan hendaklah dikaji untuk diberi kepada penduduk yang mengalami kesusahan atau kerugian akibat projek yang telah dimulakan itu.
7. Jika perhatian sewajarnya tidak diberikan terhadap mangsa projek mega tersebut, saya serta penduduk terbabit tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis, SPRM serta lain-lain tindakan mengikut saluran undang-undang terhadap pihak berkenaan kerana telah memulakan projek tanpa mengikut peraturan sehingga menganiayai penduduk.
MOHD NASIR MUSTAFA
ADUN Kubang Rotan.

0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !