ALOR SETAR: Sebanyak 49 buah rumah mengalami kerosakan teruk akibat dipukul ribut dalam kejadian yang berlaku dalam kawasan ini sekitar jam 3 pagi semalam.
Prihatin nasib menimpa penduduk, Yang DiPertua PAS Kawasan Alor Setar, Ustaz Ahmad Yahaya segera turun menggerakkan bantuan awal dan sumbangan kepada mangsa.
Ujar beliau, ribut yang melanda itu memberi kesan kepada struktur kediaman dan sememangnya meresahkan penduduk untuk menghadapi Aidil Fitri tidak berapa lama lagi.
Maklumnya, pihak beliau akan segera mengajukan perkara itu untuk mendapatkan bantuan dari agensi berkaitan.
Beliau yang juga Adun Alor Mengkudu memaklumkan, sedang mengatur urusan membantu penduduk menerusi khidmat Jabatan Amal di bawah Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Alor Setar, Zulkifli Che Haron mengharapkan agar orang ramai turut bersimpati kepada nasib mangsa.
Katanya, pihak PAS Kawasan Alor Setar berharap para dermawan dapat menghulurkan sumbangan bantuan menerusi akaun Tabung Kebajikan PAS Kawasan Alor Setar 02011010108890 Bank Islam Malaysia Berhad.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada beliau di talian 019-5528001 atau Mohd Amin Ismail 019-4714740.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !