KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk
Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang emakin baik dan sudah boleh duduk di
atas kerusi dan bercakap.
“Alhamdulillah TGHH sudah semakin baik
keadaan kesihatan beliau. Beliau sudah boleh duduk di atas kerusi dan
bercakap. Walaupun begitu beliau masih perlu berehat untuk
menpercepatkan proses sembuh,” tulis Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr
Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi facebook Tuan Guru Abdul Hadi yang
dikemas kini jam 6.00 petang waktu Istanbul atau 11 malam tadi.
Dalam
masa yang sama, katanya pihak doktor pakar juga menasihatkan supaya
beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari ini untuk
mengelakkan sebarang jangkitan baru.
“Pihak kami memohon
berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan,
sahabat seperjuangan yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul
untuk menziarahi beliau,” ujarnya lagi.
s
Presiden PAS dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul kelmarin akibat masalah kesihatan. - HARAKAHDAILY 1/6/2014
Home »
Berita Semasa
» Alhamdulillah, kesihatan Presiden PAS semakin baik
Alhamdulillah, kesihatan Presiden PAS semakin baik
Written By Unknown on Sunday, 1 June 2014 | 16:36
Related articles
Labels:
Berita Semasa
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !