Oleh Zulkifli Yahaya
‘HARAM
hukumnya mengundi Dyana Sofya kerana calon DAP itu tolak hudud’.
Demikian fatwa
politik yang tersebar luas di alam maya.Ia dipetik
daripada kenyataan Dyana bahawa
sebagai seorang Muslim beliau tidak menolak hukum tersebut, cuma akan
bersama keputus an parti jika terpilih sebagai ahli Parlimen. Ada lagi
fatwa yang lebih hebat iaitu sesiapa mengundi calon tolak hudud maka
akan jadi kufur.
Jika haram hukumnya mengundi Dyana Sofya,
maka lebih haram lagi mengundi calon Gerakan, Dato’ Mah Siew Keong yang
juga merupakan Presiden Gerakan. Ia kerana Gerakan lebih lantang lawan
hudud berbanding DAP. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan
rombongannya menghantar memorandum hingga ke pejabat PAS mendesak PAS
membatalkan hasrat membawa usul hudud ke Parlimen. Jika PAS berdegil,
Gerakan mengancam mengheret PAS ke mahkamah.
Jika mengundi calon DAP
dan Gerakan haram dengan alasan hudud, maka siapa yang rakyat hendak
undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan? Maknanya pengundi
beragama Islam haram turun mengundi, biar orang bukan Muslim sahaja
yang me ngundi?
Niat sebenar fatwa songsang tadi hanya untuk
ditujukan kepada pengundi Islam yang bercadang untuk mengundi Pakatan
Rakyat. Apabila penyokong Islam daripada Pakatan tidak mengundi
sesiapa, sedang Melayu BN semua mengundi calon daripada Gerakan itu –
maka menanglah BN. Itu saja matlamat fatwa tersebut disebarkan.
Begitulah
sebabak senario politik Malaysia yang sangat primitif sejak merdeka.
Atau sejak Umno berkuasa dan tidak pernah kalah-kalah. Hukum suci
ciptaan Allah SWT menjadi bahan eksploitasi politik Umno; untuk
mengajak umat Islam menolak PAS atau untuk memecahbelahkan PAS dengan
rakan-rakan politik. Isu politik yang dimainkan dalam pilihan raya
Malaysia itu hampir tidak terdapat dalam mana-mana demokrasi di dunia
ini.
Isu hudud sangat laris digunakan para pemimpin BN mutakhir
ini. Ia menjadi serampang dua mata. Mata pertama, seperti yang
disebutkan tadi, untuk memecahkan PAS dengan rakanrakan sekutu dalam
Pakatan.
Mata kedua, ialah untuk mengalih isu derita rakyat
akibat bebanan kos hidup. Sebahagian orang Melayu sangat mudah diumpan
dengan isu agama dan rasis. Ahli Umno berkarat di Sik dan Baling begitu
marah dengan calon Melayu kerana bertanding atas tiket DAP.
“Melayu
sanggup jadi alat DAP,” tengking mereka. Besok pagi, pendukung kuat
Umno bawahan itu tekun menghadap pokok getah untuk menoreh yang
hasilnya kini cuma RM1.70 sekilogram getah sekerap. Atau tekun bekerja
di kilang milik tauke Cina dengan pendapat an tidak seberapa.
Orang
Melayu penyokong tegar Umno hari ini menderita di mana-mana akibat
kegagalan kerajaan membela nasib mereka, namun derita hidup golongan
ini tidak jadi isu. Isu yang menjadi tersemat dalam benak sanubari me
reka ialah jika Pakatan menang, DAP akan berkuasa dan hilanglah hak
Melayu. Jika Pakatan berkuasa, negara huru hara dan rakyat menderita.
Mereka tidak sedar kehidup an yang diuliti sekarang adalah dalam
longkang derita, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Begitulah
bijaknya Umno memperbodohkan orang Melayu sehingga kabur untuk melihat
yang mata satu isu diri sendiri dan yang mana isu yang tiada kena
mengena dengan mereka.
Menghantar seorang wakil ke Parlimen bukan
bertujuan untuk membahas isu hudud sematamata dari awal hingga ke
akhir sesi. Terlalu banyak isu rakyat yang mahu diperjuangkan. Andai
rak yat terpaksa memilih antara dua parti yang menolak hudud, maka
kewajipan memilih salah satu parti yang lebih besar manfaat dalam aspek
yang lain menjadi keutamaan.
BN adalah parti memerintah yang
sangat teruk, mungkar, menyeleweng, membocorkan wang rakyat dan
rangkaian kebejatan mereka sudah berakar umbi dan ‘bersistem’ dalam
pentadbiran.
Menjatuhkan kerajaan yang seburuk itu adalah kewajipan
rakyat yang berakal. Berdasarkan perkara tersebut, bukan susah sangat
untuk memilih antara calon ‘non-Muslim’ daripada Gerakan atau calon
Muslimah daripada DAP.
Seperti biasa, bukan Umno namanya jika
tidak menyerang calon dengan isu peribadi. Gaya pembunuhan karektor
(character assassination) masih menjadi modus operandi Umno-BN untuk
mengekalkan kuasa. Kelakar juga apabila Umno turut bermain de ngan isu
aurat wanita hanya kerana calon DAP tidak menutup aurat dengan
sempurna. Umno kena cari cermin yang besar untuk di letakkan di hadapan
isteri Perdana Menteri supaya mereka dapat melihat diri sendiri.
Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil turut menghamburkan pelbagai tuduhan.
Paling celupar apabila menuduh Dyana sebagai ‘alat dan boneka’ DAP.
Apa
pun tuduhan yang dihamburkan dan perangkap yang dibuat untuk
memecahkan Pakat an, BN tidak dapat menyembunyikan perkara sebenar dalam
PRK Teluk Intan, iaitu kalah kali ketiga berturut-turut selepas Kajang
dan Bukit Gelugor. Jika hatrik ini berlaku, ia pukulan maut untuk PM
Najib Razak yang sedang nazak.
Home »
Penulis Tamu
» BN takut Pakatan buat hatrik
BN takut Pakatan buat hatrik
Written By zabidi on Wednesday, 28 May 2014 | 13:36
Related articles
Labels:
Penulis Tamu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !