OLEH YASMIN RAMLAN
Naib  Presiden PAS Idris Ahmad   menyarankan media tidak  memecahbelahkan pimpinan PAS 
dengan  mengapi-apikan sesama mereka, apatah  lagi pada bulan Ramadan 
yang mulia  ini.
Idris berkata demikian kepada The Malaysian 
Insider  ketika diminta  mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr 
Haron Din  di akhbar Utusan  yang dilihat seperti mempertahankan Perdana
 Menteri  Datuk Seri Najib  Razak yang dilanda skandal terkini susulan 
pendedahan  Wall Street Jounal  (WSJ).
"Pergi tanya 
dia (Haron) betul atau tidak betul. The Malaysian Insider  kalau nak 
mencanangkan kepimpinan tidak baik pada bulan puasa ini, tak  elok," 
katanya.
Ahli Parlimen Bukit Gantang
 itu juga mencadangkan Najib menyaman WSJ  sekiranya terdapat maklumat 
yang tidak benar berhubung laporan tersebut.
"Laporan WSJ kalau ada
 apa-apa perkara yang tidak betul, pihak Najib  perlu saman kerana itu 
satu tuduhan besar pada dia," katanya.
PAS hari ini dilihat 
mempertahankan Najib daripada pendedahan WSJ  mengenai aliran wang 
berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.
Akhbar milik 
Umno, Utusan Malaysia memetik Haron yang menyifatkan  dakwaan WSJ itu 
tidak logik dan menggesa siasatan dilakukan terlebih  dulu.
Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk  
tujuan tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi 
 akaun peribadi.
"Oleh itu, saya merasakan laporan itu mesti disiasat kebenarannya sama ada benar atau tidak.
"Jika sebelum ini banyak laporan dikaitkan dengan perdana menteri dan 
 syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), tetapi setelah dijelaskan  
satu persatu, banyak berita didapati tidak benar," katanya dipetik  
akhbar itu, hari ini.
Idris berkata, artikel terbabit dianggap 
tuduhan berat kerana boleh  menjejaskan ekonomi negara menerusi 
kehilangan kepercayaan dalam  kalangan pelabur
Home »
Berita Semasa
 » Pemimpin PAS saran media tidak pecah belah pimpinan parti
Pemimpin PAS saran media tidak pecah belah pimpinan parti
Written By Editor Bebas on Wednesday, 8 July 2015 | 16:27
Labels:
Berita Semasa






0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !