Headlines News :
Home » » Mangsa tsunami 10 tahun lalu belum dapat rumah

Mangsa tsunami 10 tahun lalu belum dapat rumah

Written By Editor Bebas on Sunday 1 February 2015 | 21:24

Oleh IZWAN ABDUL HALIM 


KUALA MUDA: Selepas 10 tahun tragedi tsunami yang kesannya turut membadai negara ini, masih terdapat mangsa tragedi itu yang belum mendapat bantuan seperti dijanjikan.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) Kampung Tepi Sungai, Ismail Osman, 59, memaklumkan, sehingga kini pemindahan bagi fasa kedua mangsa tsunami tidak dilakukan sebaliknya perumahan dibina kepada pihak yang dianggap tidak memerlukannya.

“Selepas tsunami, Menteri Besar, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain dan Adun Pantai Merdeka, Dr Shuib Saidin maklum kerajaan telah gazetkan tanah 150 hektar untuk buat penempatan baru rakyat yang musnah dan yang berpotensi terkena semula tsunami. Dato’ Seri Abdullah Badawi yang mengisytiharkan untuk penempatan semula ketika itu.

“Pemindahan fasa satu sebanyak 100 keluarga yang rumahnya musnah teruk atau lenyap dipindahkan ke rumah sementara di Taman Permatang Katong. Ma nakala pihak kami fasa dua iaitu sebanyak 200 keluarga yang tinggal di persisiran pantai walaupun rumah ti dak lenyap tetapi rosak teruk serta berpotensi kena tsunami semula.

“Kami dijanjikan akan diberi juga penempatan untuk mengelak tragedi yang mengundang maut berkenaan. Kebanyakan ru mah pen duduk fasa dua hanya sekitar 30-50 meter sahaja daripada gigi air laut,” terangnya ketika menerima ziarah Dewan Pemuda PAS Sungai Petani di rumahnya di sini 28 Januari lalu.

Jelasnya lagi, beliau terkejut kerana Kerajaan Persekutuan ketika itu telah membina fasa dua di Kuala Muda, Kepala Batas iaitu kawasan Perdana Menteri dan bukannya di Kuala Muda Kedah.

Sebaliknya beliau berkata, 450 keluarga dari Kuala Muda, Kepala Batas pula dipindahkan ke perumahan baru di Taman Desa Kuala Muda Kepala Batas, sedangkan tempat mereka kurang berisiko seperti di persiaran pantai Kuala Muda.

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Ibrahim Latif berkata, pihaknya telah ber usaha melalui pelbagai cara termasuk menghantar surat ke Putrajaya dan mengusulkan dalam mesyuarat Umno.

“Kami berjaya dapat mak lum balas Jabatan Perdana Menteri pada 19 Julai 2010 yang menyatakan dalam perhatian dan pertimbangan.

“Tetapi hingga kini tiada tindakan. Kami mohon isu ini jangan dipolitikkan dan tujuan pihak kami agar pihak Pemuda PAS dapat mem bantu menyuarakan hal kebajikan kami,” katanya seperti yang dilaporkan Harakahdaily 29 Januari lalu
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU