Headlines News :
Home » » Keputusan AJK PAS Pusat tidak bercanggah Majlis Syura

Keputusan AJK PAS Pusat tidak bercanggah Majlis Syura

Written By zabidi on Sunday 24 August 2014 | 22:37

Oleh ARIF ATAN 


KUALA LUMPUR: Perubahan status Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Ke- ADILan menjadikan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu, selari dengan ketetapan Majlis Syura Ulama PAS yang diputuskan 6 Ogos, berhubung isu penggantian Menteri Besar Selangor.

Menurut Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Dato’ Nik Muhamad Zawawi Salleh, parti itu perlu bersama dengan Pakatan Rakyat memandangkan Khalid bukan lagi ahli KeADILan.

“Tidak timbul soal kononnya keputusan AJK PAS Pusat bertentangan Majlis Syura. Pendirian PAS mahu kekalkan Khalid sebelum ini dibuat ketika beliau masih lagi dalam Pakatan Rakyat (ahli KeADILan),” ujarnya.

Sebelum ini, Majlis Syura PAS mahu mengekalkan Khalid sebagai Menteri Besar melainkan wujudnya pelanggaran amanah.

Mengulas lanjut keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nik Zawawi memberitahu Harakah, Majlis Syura menerima penegasan PAS untuk komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

Selain itu, katanya, pihaknya juga akur dengan keputusan satu lagi keputusan supaya empat ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Ne geri (Exco) Selangor daripada parti itu akan terus berada dalam kerajaan negeri bagi memastikan khidmat kepada rakyat berjalan lancar.

Berkenaan dua nama pengganti Khalid yang dikemukakan PAS, beliau berkata, parti berhak mengemukakan dua calon, seterusnya terpulang pada perkenan Sultan.

Dalam reaksi awal Ustaz Nik Zawawi 17 Ogos lalu, beliau mengakui keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang menamakan calon lain bagi menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor senada dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Katanya, keputusan sebelum ini yang mahu mengekalkan Khalid telah diputuskan ketika beliau masih lagi ahli KeADILan.

“Kami bukan tolak Khalid. Sekarang ini, apabila dia bukan ahli, maka parti kita (PAS) yang duduk dalam Pakatan perlu bersama dengan Pakatan menganggap Khalid ini bukan lagi calon Pakatan,” katanya

Menurutnya, tidak timbul keputusan bercanggah antara Majlis Syura dan PAS Pusat.
“Perkara ini telah pun kita bincang dalam parti dan ia memang tidak bercanggah. Semua pihak bersetuju, Majlis Syura pun bersetuju sebagaimana yang diputuskan,” katanya.

Mengulas lanjut, tindakan PAS mengemukakan dua nama sedangkan Ke- ADILan telah menamakan Presidennya seorang sebagai calon Menteri Besar, Ustaz Nik Zawawi berkata perkara itu adalah hak parti itu.

“Itu hak parti masingmasing. Kita (PAS) berhak mengemukakan dua calon jadi kita kemukakan dua calon,” katanya.

Sebelum ini, Majlis Syura PAS sebulat suara mahu kedudukan Abdul Khalid dikekalkan sebagai menteri besar selagi tiada pelanggaran terhadap amanah yang dipegangnya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU