Headlines News :
Home » » Nutrisi sihat untuk minda

Nutrisi sihat untuk minda

Written By zabidi on Wednesday 28 May 2014 | 11:57

PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah
jantung dan kanser, tetapi ia turut merangsang otak yang subur. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak.

 Seorang pensyarah dalam bidang neuro surgeri di University of California, Los Angeles (UCLA) iaitu Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati pemakanan yang sesuai dapat menyuburkan dan membantu fungsi otak, lalu mengurangkan stres dan gangguan emosi.

Banyak ibu bapa yang mungkin terlepas pandang tentang pemakanan yang mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak. Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Langka. Beliau telah memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya.
Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada Tahun 2009, kajian yang telah dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, United Kingdom, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif.

Jadi jelaslah bahawa pemakanan yang baik penting bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang. Menurut, Pakar Motivasi Pelajar iaitu Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang. Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana berkaitan langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat.

Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan bahan-bahan daripada pemakanan sunnah dan juga pemakanan herba yang secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai JuzQ30.

Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatussauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan telah diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis.

Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah:
* Menyuburkan sel-sel otak.
* Meningkatkan daya fokus dan tumpuan.
* Menstabilkan frekuensi minda.
* Memberikan ketenangan dan meningkatkan keupayaan mengawal emosi.
* Terang hati dan mudah faham.
* Melembutkan hati yang degil.
* Cepat ingat dan pantas berfikir.
* Meningkatkan semangat belajar.
* Memudahkan hafalan.
* Membantu melancarkan perjalanan darah.

JuzQ30 ini boleh diambil pada semua peringkat usia kerana ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu-ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. Sebaik-baiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur.

Produk ini juga menggunakan air zam zam yang telah digunakan untuk membasuh Zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf-huruf al-Quran. Air zam zam inilah yang digunakan untuk memproses dan mengadun bahan-bahan itu semua bagi menambahkan kekuatan metafizik pada produk ini.

Untuk mendapatkan produk JuzQ30 sila hubungi talian kami iaitu 012-2324622 atau 013-4334622. Maklumat lanjut dan senarai pengedar terdekat boleh diperolehi dengan melayari laman web www.juzq30.com .

Kami juga masih memerlukan ramai pengedar di seluruh negara. Bertindak segera dengan menghubungi talian tersebut.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kubang Pasu, Padang Tok Kesop,06000 Jitra Kedah.

Popular Posts

 
Support : Creating Website |
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. PAS Kawasan Kubang Pasu - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP PAS KAWASAN KUBANG PASU